awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited sertai Sesi Khas Kecemasan UNGA

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/10/2023
03:00 MYT
Malaysia komited sertai Sesi Khas Kecemasan UNGA
Malaysia komited untuk mengambil bahagian dalam Sesi Khas Kecemasan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB, New York, pada Khamis. - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk mengambil bahagian dalam Sesi Khas Kecemasan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB, New York, pada Khamis.
Menurut Wisma Putra, Malaysia bersama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor Leste dan Vietnam, menyokong permintaan Kumpulan Negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyambung semula Sesi Khas Kecemasan Ke-10.
Sokongan itu dinyatakan Malaysia susulan terdapat negara yang menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi sewaktu ucapan dalam Majlis Keselamatan berkenaan situasi getir di Palestin yang diduduki Israel, termasuk Timur Baitulmaqdis.
""Sebagai sebuah negara yang menyokong kuat langkah rakyat Palestin, Malaysia kekal teguh dalam menyuarakan sokongan negara ini terhadap hak pemilikan rakyat Palestin untuk menentukan sendiri daripada pendudukan berpanjangan dan pengilhakkan wilayahnya yang diceroboh sejak 1967.
"Malaysia amat menggesa agar semua tindakan keganasan dihentikan serta-merta termasuk tindakan provokasi, hasutan dan pemusnahan oleh Kuasa Pendudukan," kata Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Pada masa sama, Malaysia ingin mengingatkan semua negara bahawa seseorang tidak boleh memperjuangkan hak asasi manusia dan pada masa yang sama mengabaikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Situasi di Gaza semakin memburuk dengan angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 6,546 melibatkan 2,740 kanak-kanak sejak perang meletus antara Pejuang Hamas dan Israel, pada 7 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Sesi Khas UNGA
#Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan