awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk keras kezaliman ke atas petugas kemanusiaan MAPIM di Gaza - PM Anwar

Bernama
Bernama
18/03/2025
10:29 MYT
Malaysia kutuk keras kezaliman ke atas petugas kemanusiaan MAPIM di Gaza - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan secara rasmi juga mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan yang berterusan di Gaza dan Palestin. - Gambar MAPIM
GEORGE TOWN: Malaysia mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan secara rasmi juga mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan yang berterusan di Gaza dan Palestin.
"Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk kemanusiaan yang membantu pesakit dan sebagainya.
"Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang di pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dekat sini hari ini.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan lapan petugas warga Palestin itu syahid dalam serangan yang berlaku pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan) di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lepas.
Serangan udara itu berlaku ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan rejim Zionis.
Mereka yang terkorban ialah Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan selama sejam yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Datuk Aziz Bakar dan barisan exco Pulau Pinang.
Mesyuarat berkenaan menyentuh mengenai pelbagai pembangunan dan projek strategik di Pulau Mutiara bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri itu seperti projek Kereta Kabel Bukit Bendera, Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dan Rumah Mampu Milik (RMM) Bakat Baru MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Zionis
#MAPIM
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan