awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk keras serangan pengganas di Aden

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2020
11:05 MYT
Malaysia kutuk keras serangan pengganas di Aden
Malaysia mengutuk keras serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Aden. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR:Malaysia mengutuk keras serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Aden di Yaman pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menegaskan, Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang menjejaskan kestabilan, keamanan dan keselamatan serantau.
"Malaysia percaya usaha positif yang dilakukan kerajaan Arab Saudi menerusi Perjanjian Riyadh akan membawa keamanan dan kestabilan di Yaman," kata Wisma Putra.
Malaysia juga menegaskan bahawa kemajuan ke arah keamanan di Yaman harus disokong penuh dan dikekalkan.
Kenyataan itu berkata, Malaysia juga mengulangi sokongan ke arah penyelesaian konflik Yaman secara terangkum dan aman yang hanya boleh dicapai menerusi dialog dan perundingan.
Sekurang-kurangnya 26 maut apabila sebuah letupan menggegarkan Lapangan Terbang Aden pada Rabu, sejurus selepas anggota kerajaan baharu Yaman mendarat.
Insiden disifatkan sebagai satu serangan pengecut oleh kumpulan pemberontak.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Wisma Putra
#kerajaan
#maut
#letupan
#pengganas
#Yaman
#Aden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan