KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, pada Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata serangan ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam pada bulan Ramadan, menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan tentera Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.
"Malaysia amat bimbang susulan peningkatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki Israel.
"Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan untuk rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Timur Tengah.
BACA: Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa - Menteri Luar
BACA: Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan
Perdana Menteri juga menegaskan, sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel.
Katanya ia bagi merealisasikan aspirasi mereka untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota.
Lebih 100 rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera Zionis menyerbu perkarangan masjid selepas solat Subuh pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, pada Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/BERNAMA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.