Malaysia sedang melihat kemungkinan untuk mewujudkan struktur baharu dalam pengurusan bencana serta undang-undang khas bagi membolehkan isu bencana diuruskan dengan teratur dan tersusun, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata ketika ini semua perkara berkaitan bencana adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia aspek keselamatan, tetapi bidang tugas MKN menjadi terlalu banyak ketika bencana berlaku.
Beliau berharap isu bencana diuruskan oleh satu struktur baharu, dengan seorang pegawai tertinggi diberikan kuasa penuh untuk mengerah segala kemudahan, sumber dan aset ketika berlaku bencana.
" Kita (kerajaan) akan teliti (struktur baharu). Kita tak ada undang-undang khas. Ada struktur tadbir urus yang kena kaji, perkukuhkan undang-udang tertentu supaya lebih mudah dilaksanakan (pengurusan bencana), lebih berkesan dan ada pihak bertanggunjawab.
" Tak macam sekarang ni semua urusan bawah MKN. MKN lihat semua aspek keselamatan negara, tapi bila soal bencana, beban banyak sangat untuk MKN," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan empat harinya di Jepun, di sini hari ini.
Muhyiddin tiba di sini Jumaat lepas untuk lawatan kerja empat hari dan antaranya menghadiri Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana Pertubuhan Bangsa Bersatu kali ketiga di Sendai.
Persidangan di Sendai, kira-kira 380 km dari Tokyo, bermula Sabtu hingga Rabu.
Pada Sabtu di Sendai, timbalan perdana menteri mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pada Ahad beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Akihiro Ota.
Hari ini beliau mendengar taklimat oleh pihak berkuasa Jepun berkenaan pengurusan bencana dan dasar tindak balas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah bagi Pengurusan Bencana, kerajaan Jepun Hirofumi Hihara.
Pada sidang media itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata dalam taklimat oleh kerajaan Jepun itu, beliau dimaklumkan bahawa Jepun tidak mewujudkan badan khusus atau agensi khas untuk pengurusan bencana tetapi ia dilakukan menerusi struktur tadbir urus dan mempunyai undang-undang khas.
" Struktur seperti majlis untuk tangani bencana di Jepun dengan dikepalai perdana menteri sendiri.
Tugas penyelarasan adalah di bawah seorang pegawai tinggi berjawatan ketua pengarah dengan kuasa yang luas untuk gerakkan sumber manusia, aset sewaktu bencana dan langkah-langkah susulan untuk pulihkan keadaan selepas bencana.
" Ini satu model kita boleh pelajari. Walaupun di Jepun bencana utama adalah gempa bumi, mereka juga ada pengalaman banjir, mereka juga beri tumpuan kurangkan kesan banjir, ada tindakan-tindakan mitigasi yang mereka ambil untuk kurangkan kesan banjir.
" Ia agak berjaya. Bidang ini kita lebih utamakan. Saya juga setuju kita susuli dengan hantar pegawai tinggi kita di sini untuk kaji struktur dia, majlis dia. Kalau sesuai boleh terima pakai di Malaysia," katanya.
Muhyiddin berkata Hota juga mencadangkan supaya diadakan kerjasama dalam pengurusan bencana, dan dengan kerjasama itu, Malaysia boleh mendapat faedah daripada dana yang diumumkan Abe Sabtu lepas iaitu peruntukan US$4 bilion (RM14.85 bilion) untuk membantu negara-negara membangun yang menghadapi masalah bencana.
" Kita boleh dapat sumber-sumber tertentu dari Jepun untuk bantu Malaysia. Kita setuju untuk memeterai memorandum persefahaman. Lepas ini ada susulan para pegawai bekerjasama untuk timba pengalaman Jepun bagi manfaat di Malaysia," katanya.
Di Sendai, timbalan perdana menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Turki Numan Kurtulmus.
Hari ini di Tokyo, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sains dan Teknologi Jepun Hakubun Shimomora selain menandatangani memorandum kerjasama dalam bidang pendidikan antara kedua-dua negara.
Bernama
Mon Mar 16 2015
TPM: Malaysia lihat kemungkinan adakan struktur dan undang-undang pengurusan bencana - Gambar fail
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.