KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan destinasi paling menarik bagi tujuan pelaburan pusat data dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun di Asia Tenggara (SEA), kata firma perunding hartanah bebas Knight Frank Malaysia.
Firma tersebut telah melancarkan kertas putih berkaitan pusat data di Malaysia pada Rabu menerusi kerjasama dengan DC Byte, sekali gus mengetengahkan tarikan Malaysia sebagai pelaburan pusat data khususnya di Kuala Lumpur serta Johor.
Pengarah Sekutu Utama Pusat Data Knight Frank Asia Pasifik Fred Fitzalan Howard berkata Malaysia juga menerajui Indeks Peluang Pusat Data SEA-5 Knight Frank yang meninjau pasaran utama di Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina serta Thailand bagi memahami kedudukan pusat data semasa negara terbabit berbanding saingan.
"Kertas putih itu memaparkan maklumat mengenai perkembangan di dua pasaran utama bagi pelaburan pusat data di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur dan Johor. Di Kuala Lumpur misalnya menyaksikan minat ketara terhadap (perkhidmatan pengkomputeran) awan dengan penyedia berskala hiper Barat telah bertindak mengumumkan wilayah awan masing-masing sejak 12 bulan lepas.
"Kami juga mahu mengetengahkan mengenai peluang pertumbuhan di Johor yang bukan sekadar lokasi menerima limpahan dari Singapura, tetapi juga (semakin berkembang) sebagai hab pusat data untuk penyedia perkhidmatan skala hiper Barat dan China," katanya selepas majlis pelancaran kertas putih itu.
Fitzalan Howard berkata faktor seperti angka pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang kukuh pada 8.7 peratus serta pengumumannya sebagai wilayah awan bagi Amazon Web Services (AWS) dan Google baru-baru ini, hanya meletakkan negara itu di kedudukan peneraju dalam pasaran SEA-5 tersebut.
Malah, katanya, pertumbuhan Malaysia berbanding pasaran peringkat-2 lain di Asia, juga membuktikan bahawa Malaysia selain Indonesia, di kedudukan utama sebagai penyedia ruang dan bekalan terbesar untuk pelaburan pusat data.
"Keadaan sebaliknya di negara-negara pesaing yang masih perlu menangani isu berkaitan undang-undang pemilikan tanah dan kawal selia telekomunikasi yang hanya mengekang potensi pertumbuhannya.
"Sejak sedekad lepas, perkembangan seperti lonjakan minat terhadap awan, inisiatif disokong kerajaan dan moratorium pusat data Singapura, ternyata telah menyumbang kepada Malaysia untuk muncul sebagai antara pasaran pusat data paling dinamik di rantau Asia Pasifik," katanya.
Menurut kertas putih berkenaan, Malaysia telah mencatatkan kadar pengambilan 113 megawatt (MW) pusat data pada 2022 -- lonjakan lebih empat kali berbanding pasaran tertinggi berikutnya di Thailand yang mencatat pengambilan 25MW dan membuktikan dominasi Malaysia jika dibandingkan dengan pasaran lain.
"Sebahagian besar daripada pengambilan itu melibatkan pertumbuhan di Johor walaupun Kuala Lumpur turut menyumbang selepas mencatat kadar pengambilan dua digit sejak tiga tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Pertumbuhan Malaysia berbanding pasaran peringkat-2 lain di Asia, juga membuktikan bahawa Malaysia selain Indonesia, di kedudukan utama penyedia ruang dan bekalan terbesar untuk pelaburan pusat data. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Malaysia lokasi paling menarik bagi pelaburan pusat data di Asia Tenggara - Knight Frank
Malaysia merupakan destinasi paling menarik bagi tujuan pelaburan pusat data dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun di Asia Tenggara (SEA).
Iskandar Malaysia peroleh pelaburan RM172.2 bilion pada H1 2019
Sejak penubuhannya pada 2006 hingga H1 2019, ia mencatatkan pelaburan komited terkumpul sebanyak RM302.09 bilion.