KUALA LUMPUR: Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata baki tiga cap jari lagi tidak mempunyai padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkemungkinan individu berkenaan tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.
"Polis telah mengedarkan fotofit atau lakaran wajah individu disyaki suspek kejadian berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu seperti lakaran itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 9 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata polis sedang menganalisis cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian pemain negara itu disimbah asid.
Mohd Shuhaily berkata hasil semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan dan meninggalkan cap jari.
Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang membataskan pergerakan dan percakapannya.
Pemain yang memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari itu, dijangka tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Razarudin berkata, baki tiga cap jari lagi tidak mempunyai padanan dalam pangkalan data PDRM, berkemungkinan individu itu tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.