awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat

Bernama
Bernama
21/05/2024
14:20 MYT
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan telah memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hussein berkata siasatan itu dimulakan ekoran satu laporan polis pada 14 Mac oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang mendakwa dokumen sulit perbadanan itu telah dibocorkan.
"Pegawai itu mendakwa beberapa maklumat yang tidak tepat didedahkan kepada umum yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej serta nama baik PKNS.
"Kehadiran Mohamed Azmin adalah bagi membantu siasatan kebocoran dokumen tersebut dan bukan mengenai perkara dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Feb lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata setakat ini seramai 15 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dan sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat sehingga selesai siasatan polis.
Terdahulu, media melaporkan Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor mendakwa menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, berikutan tindakannya membangkitkan isu rakyat serta pentadbiran kerajaan Selangor ketika persidangan negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Polis Selangor
#IPD Shah Alam
#Rakam keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan