RIYADH: Malaysia akan mengambil peluang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Teluk pada Sidang Kemuncak sulung pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan berlangsung di sini pada Jumaat.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ini termasuk memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya hubungan multilateral, ekonomi dan keselamatan serantau.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak itu, diberi penghormatan menyampaikan ucapan awal berikutan peranan negara sebagai Penyelaras ASEAN bagi sidang kemuncak itu.
"Sebagai Penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak yang mencatatkan sejarah ini, Malaysia diberi amanah untuk turut membantu persiapan Arab Saudi selaku tuan rumah," kata Zambry pada sidang media di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Khamis.
Sidang kemuncak itu diadakan buat julung kalinya sejak ASEAN dan GCC menjalinkan hubungan pada 1990. GCC dianggotai enam negara iaitu Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Zambry berkata Perdana Menteri dijangka tiba pada 8 malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Riyadh, dengan jadual padatnya turut merangkumi pertemuan dengan ketua-ketua firma perniagaan, menghadiri pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin serta diaspora Malaysia esok.
Anwar juga akan menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu selepas menerima jemputan peribadi daripada baginda sebelum ini.
Dari aspek ASEAN, Zambry berkata negara-negara blok serantau itu yang secara keseluruhannya mempunyai 650 juta penduduk, pastinya mahu mendapatkan perhatian rantau Teluk dan dunia berikutan kedudukan geopolitiknya yang strategik dan dinamik.
"Justeru, sidang kemuncak ini amat penting dan diharapkan memberi hasil yang amat baik khususnya dalam aspek hubungan yang sudah sedia terjalin," katanya.
Ketika ditanya mengenai isu di Semenanjung Gaza, beliau berkata ia dijangka mendapat tumpuan pemimpin ASEAN dan GCC mengambil kira perkembangan semasa yang menyaksikan penduduk Palestin terus dizalimi rejim Zionis Israel.
Malaysia terus tegas dengan pendiriannya berhubung isu Palestin dan Perdana Menteri sendiri lantang dalam memperjuang nasib penduduk Palestin sejak Israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan dalam krisis terbaharu di Semenanjung Gaza.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mengadakan sidang tergempar di Jeddah bagi membincangkan konflik Palestin-Israel itu, turut menggesa Israel supaya menghentikan segera serangan terhadap penduduk Palestin.
OIC juga mengesahkan semula sokongannya terhadap "hak Palestin untuk mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel yang menyasarkan nyawa, kesucian dan harta benda mereka".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Dr Zambry berkata ini termasuk memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya hubungan multilateral, ekonomi dan keselamatan serantau. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Syawal suram di wilayah Palestin
KEGANASAN terus meningkat wilayah Palestin ketika Perang Gaza tiada tanda menunjukkan akan reda selepas ia kini memasuki bulan ketujuh.
Gaza perlu sekurang-kurangnya 1,000 trak bantuan kemanusiaan setiap hari
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.
Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah
Baginda turut menggesa kepungan ke atas Gaza ditarik balik bagi membolehkan bantuan perubatan dan bantuan lain dapat disalurkan.
Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk
Malaysia akan mengambil peluang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Teluk pada Sidang Kemuncak sulung pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Jemaah Palestin diserang pelampau Yahudi, rejim Zionis di al-Aqsa
Kejadian berlaku apabila sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk Haram al-Sharif.