BISNES
W1, restoran dengan gabungan sukan dan makanan British berjaya pikat hati pengunjung

Andrew (foto) berazam agar pelbagai juadah British yang diperkenalkannya mampu mengangkat tradisi dan dapat diterima semua pencinta kulinari. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bagi pencinta sukan dan makanan, gabungan antara dua elemen ini sudah semestinya menjadi pilihan hati.
Ringkasan AI
- Restoran W1 di Bangsar menggabungkan elemen makanan kolonial British dan sukan seperti bola sepak, ragbi, dan Formula 1 untuk pengalaman unik pelanggan.
- Pengasasnya, Andrew Diamond, ingin memperkenalkan cita rasa British dengan harga berpatutan serta menggunakan pakej Astro BizOne untuk tayangan sukan berkualiti tinggi.
- Pelanggan menikmati suasana restoran yang estetik dan kemeriahan menonton perlawanan sukan secara langsung sambil menikmati hidangan seperti fish and chips, mac and cheese, dan sunday roast.
“Jadi, di sini, makanan klasik yang ada, seperti fish and chips, makanan panggang untuk hujung minggu dan pelbagai jenis pai.
“Selain itu, pengalaman dilengkapi dengan gabungan sukan, terutama, bola sepak, ragbi, Formula 1.
“Secara ringkas, saya ingin membawa rasa autentik itu dan memperkenalkan cita rasa tersebut ke Bangsar dengan harga yang berpatutan untuk semua orang di sini,” katanya ketika ditemu bual, di sini.
Andrew turut berkongsi pakej Astro BizOne yang dilanggani restoran tersebut menjadi antara daya tarikan bagi pengunjung kerana kandungan berkualiti tinggi dan berdefinisi tinggi.
“Pelanggan saya sangat suka, kerana sudah tentu, dengan zon waktu yang berbeza, orang akan menonton tayangan semula, dan dengan Astro, perkara itu dapat dihidangkan kepada tetamu.
“Ini membolehkan pelanggan kami untuk benar-benar tahu perkembangan perlawanan selain menikmati pengalaman itu secara langsung,” ujarnya.

(Gambar) Makanan kegemaran pengunjung di W1, Bangsar ialah Fish & Chips. - Foto Astro
Tambahnya, orang ramai dialu-alukan untuk datang bagi merasai sendiri pengalaman menonton perlawanan sukan ditemani kemeriahan penyokong dan suasana restoran dengan reka bentuk dalaman estetika.
Sementara itu, beberapa pelanggan tidak melepaskan peluang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka sepanjang berada di restoran tersebut.
“Satu benda yang bagus ialah mereka menayangkan perlawanan bola sepak dan mereka menggunakan platform Astro yang menayangkan perlawanan secara langsung.
“Pelbagai perlawanan sukan, macam badminton dan Liga Perdana Inggeris adalah apa yang saya tonton sepanjang masa, dan itulah sebabnya saya datang ke sini dan makanan juga sedap,” kata Raja Kumar Raja Kandan.
“Saya di sini hampir setiap minggu kerana saya biasanya berada di Bangsar, jadi saya selalunya datang pada hari Selasa kerana di sini ada malam perlawanan bola juga.
“Makanan yang saya suka di sini ialah mac and cheese dan sunday roast. Kedua-dua menu ini sering saya pesan kalau ke sini,” ujar Deyan Daniel.
Pakej Astro BizOne terbukti berjaya membantu pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) di luar sana dengan memperkenalkan jenama menerusi liputan istimewa di Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami