GADGETS
Meta juga didapati tidak bersalah langgar hak cipta untuk latih AI

Hakim bersetuju penggunaan karya yang mempunyai hak cipta untuk melatih AI jatuh ke dalam kategori penggunaan wajar (fair use) mengikut undang-undang sedia ada. -Gambar hiasan/Amanz
SEMALAM Anthropic didapati tidak bersalah melanggar hak cipta karya beberapa penulis untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka.
Ringkasan AI
- Semalam, Anthropic didapati tidak bersalah melanggar hak cipta kerana penggunaan karya untuk melatih AI dianggap sebagai penggunaan wajar oleh hakim.
- Pagi ini, Meta turut menang kes serupa selepas hakim menyatakan plaintif gagal membuktikan kesan negatif terhadap pasaran akibat penggunaan karya berhak cipta.
- Kedua-dua syarikat kini berdepan tuduhan berasingan kerana memuat turun karya cetak rompak melalui platform seperti LibGen, yang melanggar undang-undang AS.
Meta disaman oleh 13 orang penulis dengan salah seorangnya ialah pelakon Sarah Silverman.
Walaupun didapati tidak bersalah melanggar hak cipta penulis, hakim Vince Chhabria berkata keputusan beliau adalah disebabkan plaintif gagal membuktikan kes dengan baik.
Sebagai contoh mereka gagal membuktikan Llama yang dilatih menggunakan karya penulis boleh menyebabkan gangguan pasaran kerana AI boleh menghasilkan karyanya sendiri.
Kejayaan Meta dan Anthropic mengesampingkan saman melibatkan hak cip penulis akan mendatangkan impak yang besar.
Walaupun tidak bersalah melatih AI menggunakan karya dengan hak cipta tanpa kebenaran, kedua-dua syarikat kini berhadapan kes memuat turun karya-karya ini menggunakan Torrrent yang jelas melanggar undang-undang Amerika Syarikat.
Seperti dilaporkan Februari lalu, Meta memuat turun sekurang-kurangnya 81.7TB karya yang dicetak rompak menerusi pustaka cetak rompak Library Genesis (LibGen). -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami