awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mampu muncul sebagai 'harimau digital Asia' - Fahmi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/08/2023
11:23 MYT
Malaysia mampu muncul sebagai 'harimau digital Asia' - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi ucapan sebelum melancarkan kempen #JagaDataKita dan MyCyberShield di Bangsar South hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usaha berterusan yang dibuat untuk menarik pelaburan dalam bidang digital mampu membuatkan Malaysia muncul sebagai 'harimau digital Asia'.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan, usaha menarik pelaburan dari syarikat pemproses data mengembangkan operasi di negara memberi impak positif kepada ekonomi digital.
Menurut Fahmi, kemasukan pelaburan tersebut turut memberi kesan kepada ekonomi setempat, tenaga kerja, dan ekonomi negara.
"Hari ini banyak syarikat mula pertimbang untuk mengembangkan operasi di Malaysia termasuk menambah jumlah pekerja.
"Ini sangat positif bukan hanya untuk ekosistem ekonomi digital Malaysia, tapi akhirnya nanti secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai tapak atau pun hub bagi syarikat-syarikat ini berkembang di rantau Asia Tenggara atau luas daripada itu," katanya.
Dalam usaha mencapai tujuan tersebut, Fahmi berkata, kerajaan perlu memastikan isu tiga peratus terakhir kawasan yang tidak mempunyai rangkaian diselesaikan.
Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan juga perlu memastikan tahap keselamatan siber dan perlindungan peribadi ditingkatkan.
Menurut Fahmi, kerajaan juga harus memastikan jumlah pelaburan ditingkatkan selain mengembangkan ekonomi digital.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen #JagaDataKita dan MyCyberShield oleh TNG Digital Sdn Bhd dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Melalui kempen ini, TNG Digital berharap lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan kesedaran mereka terhadap kes jenayah siber serta aktiviti dalam talian yang membimbangkan.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#KKD
#ekonomi digital
#harimau digital asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan