KUALA LUMPUR: Jumlah pakar perubatan keluarga (FMS) di negara ini masih rendah berbanding keperluan sebenar iaitu seorang pakar untuk setiap 50,000 populasi berbanding nisbah ideal seorang pakar untuk setiap 4,000 populasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga Disember 2021, terdapat hanya 924 pakar dalam bidang itu di negara ini, termasuk 625 orang yang sedang berkhidmat di 397 Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Buat masa ini, KKM menyasarkan untuk sekurang-kurangnya satu orang FMS di setiap 1,060 Klinik Kesihatan KKM seluruh negara," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini sempena Majlis Konvokesyen Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM).
Dr Noor Hisham berkata latihan kepakaran perubatan keluarga kini ditawarkan di enam buah universiti tempatan bagi Sarjana Perubatan Keluarga dan melalui laluan paralel di bawah program ditawarkan AFPM.
"Semoga fraterniti ini akan terus berkembang maju dan lebih ramai pegawai perubatan memilih kepakaran ini agar tahap kesihatan individu, keluarga dan masyarakat terus ditambah baik dan konsep Satu Keluarga Satu Doktor akan tercapai," katanya.
Terdahulu, beliau menjunjung kasih atas perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir selaku penaung AFPM berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis konvokesyen berkenaan, serta menerima Ijazah Kehormat Felo AFPM.
Pada konvokesyen kali ini, 200 graduan telah dianugerahkan felo, kepakaran, diploma dan sijil termasuk Pengerusi Royal Australian College of General Practitioners Dr Mark Miller dan Timbalan Pengarah (Kesihatan Primer), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Mastura Ismail yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Felo AFPM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Sehingga Disember 2021, terdapat hanya 924 pakar dalam bidang itu di negara ini. - Gambar hiasan/ Reuters

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Bajet 2023: KKM sasar peruntukan kesihatan dinaikkan kepada lima peratus
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lima peratus daripada keseluruhan diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi meningkatkan sistem kesihatan awam negara.

8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik KKM - Dr Noor Hisham
KKM kini antara lain meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan.

Malaysia masih kurang pakar perubatan keluarga
Jumlah pakar perubatan keluarga (FMS) di negara ini masih rendah berbanding keperluan sebenar.