PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mengemukakan permohonan peruntukan tambahan daripada India untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih negara itu ke Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mohamad berkata permohonan secara rasmi kepada kerajaan India itu, akan dibuat menerusi saluran diplomatik tidak lama lagi.
"Dalam pertemuan sebentar tadi, saya turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peruntukan khas kerajaan India mengeksport 170,000 tan metrik beras putih ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar India Dr S. Jaishankar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Pada 18 Okt 2023, media melaporkan kerajaan India telah meluluskan pengeksportan 170,000 metrik tan beras putih bukan Basmati ke Malaysia, sebagai tanda persahabatan istimewa antara kedua-dua negara.
Mohamad yang turut menghadiri sesi perbincangan antara Jaishankar bersama Anwar berkata Malaysia juga telah mengemukakan permohonan rasmi kepada India pada awal tahun ini, bagi mendapatkan peruntukan eksport khas sebanyak 100,000 tan metrik bawang, melalui pengaturan kerajaan dengan kerajaan (G2G).
Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungan dua hala yang baik dengan India dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan.
"Peluang yang cukup luas untuk Malaysia dan India mengembangkan lagi skop kerjasama dua hala dalam pertanian dan sekuriti makanan" katanya.
Mohamad berkata beliau berharap hubungan antara kedua-dua negara dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dan meluas pada masa hadapan.
Beliau berkata nilai dagangan dalam sektor itu bagi tempoh Januari hingga November 2023 bernilai RM19.42 bilion.
Jaishankar kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia, bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Mohamad berkata permohonan secara rasmi kepada kerajaan India itu, akan dibuat menerusi saluran diplomatik tidak lama lagi. - Gambar fail/Sinar Harian
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.