awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pandang serius kepentingan pembangunan prasarana termasuk capaian internet

Bernama
Bernama
08/12/2021
21:53 MYT
Malaysia pandang serius kepentingan pembangunan prasarana termasuk capaian internet
Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Pelan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan Ismail Sabri semasa beliau memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia memandang serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan semalam berkata aspek pembangunan ekonomi luar bandar menjadi elemen penting dalam pemulihan masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Ini termasuklah aspek pembangunan ekonomi luar bandar kepada pengenalan latihan penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian, pemerkasaan latihan dalam ekonomi digital dengan kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan wanita luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena Persidangan Pertubuhan Pembangunan Luar Bandar Afrika-Asia (AARDO) kali ke-20 secara dalam talian semalam.
Persidangan tahunan di peringkat menteri ini diadakan bagi membincangkan isu-isu pembangunan luar bandar dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO dari benua Afrika dan Asia.
Pada persidangan kali ini, Malaysia turut menyerahkan jawatan Pengerusi AARDO kepada Kerajaan Ghana selepas menerajui pertubuhan itu selama 3 tahun mulai 2018 sehingga 2021.
Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Pelan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa beliau memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan mempengerusikan Persidangan AARDO Ke-19 pada tahun 2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#AARDO
#Mahdzir Khalid
#pembangunan ekonomi
#luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan