Malaysia memantau rapi perkembangan COVID-19 di Iran dan Itali, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
"Apa yang kami (Kementerian Kesihatan) lakukan ialah memberi nasihat mengenai kesihatan kepada negara terbabit daripada mengenakan sekatan," kata beliau ketika ditanya sama ada pihak kementerian akan menyekat pelawat dari Iran dan Itali semasa sidang media COVID-19 di sini pada Sabtu.
Setakat Jumaat, jumlah kes positif COVID-19 di Iran ialah 270 dengan 26 kematian sementara kes positif di Itali ialah 655 dengan 17 kematian.
Itali dan Iran masing-masing adalah negara ketiga dan keempat dengan kes COVID-19 tertinggi di dunia selepas China dan Korea Selatan.
Pada masa ini, sekatan dikenakan ke atas mereka yang pergi ke tiga wilayah di China, iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu.
Sementara mengenai sekatan perjalanan bagi warganegara Korea Selatan, beliau berkata sekatan perjalanan hanya dikenakan ke atas mereka yang datang dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo sahaja, berkuat kuasa Jumaat (28 Feb).
"Namun begitu, warganegara Korea Selatan yang telah meninggalkan Daegu dan Cheongdo melebihi 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia, tiada sekatan perjalanan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata semua pelawat asing dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo juga dikenakan sekatan perjalanan sekiranya pernah berada di tempat berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia.
Pelawat asing yang telah meninggalkan Daegu dan Cheongdo melebihi 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia tiada sekatan perjalanan, katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata bagi warganegara Malaysia iaitu pelawat, pemegang pas jangka panjang, penduduk tetap dan pelajar asing yang pernah berada di Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo dalam masa 14 hari, tiada sekatan perjalanan.
Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki menjalani saringan kesihatan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya.
KKM sekali lagi turut mengingatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran sekiranya perjalanan itu tidak mendesak.
"Sekiranya tidak dapat menangguhkan perjalanan tersebut, langkah-langkah pencegahan perlulah dilaksanakan termasuklah mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa," katanya.
Beliau berkata sekiranya mana-mana individu bergejala dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari melawat China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran - maklumkan mengenai sejarah perjalanan tersebut kepada pengamal perubatan apabila mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
NOOR HISHAM: Semua pelawat asing dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo juga dikenakan sekatan perjalanan sekiranya pernah berada di tempat berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ketibaan ke Malaysia. - Gambar fail
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI 7:45 [03/05/2024] – 15 lokasi skrin besar | Malaysia di kedudukan 107 | Nasihat Mufti Perak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: Malaysia drops 34 spots to 107th place in World Press Freedom Index
Malaysia placed 107th in the World Press Freedom Index, dropping 34 places from 73rd last year with a score of 52.07 points.
AWANI Tonight: Turkiye halts all trade with Israel
Turkiye will suspend all trade with Israel over its offensive in Gaza until it allows an uninterrupted and sufficient flow of aid into the Strip to address the humanitarian crisis there.
PM tidak pernah pinggir masyarakat India malah salur pelbagai bantuan - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini malah beliau telah meningkatkan lagi peruntukan kepada mereka.
Tiga pegawai polis berpangkat ACP, DSP, Inspektor disyaki terlibat pemerasan ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan pada Jumaat.
AWANI Ringkas: MKT UMNO beri komitmen sokong calon PH
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.