awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, pengiktirafan kepada pimpinan negara - Hajiji

Bernama
Bernama
22/03/2025
22:00 MYT
Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, pengiktirafan kepada pimpinan negara - Hajiji
Hajiji berkata semenjak menerajui kepimpinan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya meletakkan kembali kedudukan Malaysia di persada dunia. - Foto fail/BERNAMA
TUARAN: Pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 menjadi penunjuk yang mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan dan kemampuan pimpinan negara.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata semenjak menerajui kepimpinan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya meletakkan kembali kedudukan Malaysia di persada dunia.
"Semua ini adalah indikator yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia beradapada landasan yang tepat di bawah kepimpinan Anwar.
"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga amat menggalakkan, para pelabur asing berduyun-duyun datang untuk membawa pelaburan yang bernilai ratusan bilion ringgit," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri di Padang Istiadat di sini pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut dihadiri Anwar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Ketua Menteri berkata Anwar juga sering diundang ke pelbagai majlis forum antarabangsa untukmenyampaikan pandangan negara berhubung isu-isu berkaitan kepentingan komuniti antarabangsa.
Beliau berkata ia sebagai tanda semangat toleransi yang tinggi dan perpaduan yang jitu, kekal sebagai kunci kepada kesatuan dan kekuatan masyarakat di negara ini untuk terus menikmati kehidupan dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.
Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri terus memperhebat program membela golongan miskin antaranya pemberian bantuan bulanan RM300 seorang selama setahun melibatkan 100,000 penerima.
Turut dilaksanakan katanya pemberian 3,000 rumah menerusi program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya kepada golongan miskin tegar, inisiatif memberikan pekerjaan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) serta bantuan subsidi tiket kapal terbang RM600 kepada pelajar Sabah yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Beliau berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negeri tetapi ingin pulang ke kampung masing-masing juga diberi RM300 seorang selain peruntukan bagi biasiswa ditambah daripada RM50 juta kepada RM128 juta tahun ini.
"Tahun lalu kerajaan negeri telah membelanjakan sekitar RM470 juta untuk pembangunan modal insan dan pendidikan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Institusi Pengajian Tinggi
#subsidi
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan