awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perkenal sistem Pemberitahuan Pelanggaran Data cegah penipuan

Bernama
Bernama
01/08/2024
20:30 MYT
Malaysia perkenal sistem Pemberitahuan Pelanggaran Data cegah penipuan
Teo berkata agensi penguatkuasaan undang-undang, badan kawal selia dan organisasi lain di Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sistem pemberitahuan - Gambar fail
BANGKOK: Malaysia memperkenalkan sistem Pemberitahuan Pelanggaran Data untuk melaporkan segera dan mengurangkan kebocoran data bagi mengelakkan rakyat daripada menjadi mangsa penipuan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata pemberitahuan ini mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
"Inisiatif ini membolehkan maklumat insiden dianalisis supaya langkah mitigasi dapat diambil dengan segera bagi mengelakkan ketirisan selanjutnya dan mengawal kesan berterusan.
"Kerajaan komited untuk mengekalkan keyakinan awam terhadap amalan pengurusan data negara," katanya kepada Bernama di luar lawatan kerja dua harinya di sini, semalam.
Teo berkata agensi penguatkuasaan undang-undang, badan kawal selia dan organisasi lain di Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sistem pemberitahuan, melaksanakan peraturan yang lebih ketat dan meningkatkan penguatkuasaan untuk melindungi individu daripada penipuan.
Beliau berkata memandangkan kemajuan dalam pendigitalan juga meningkatkan potensi penyalahgunaan teknologi dan pendedahan kepada penipuan, adalah penting untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan taktik yang berkembang yang digunakan oleh penipu.
"Malaysia juga menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan yang perlu bagi pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama, terutamanya berkongsi maklumat, menyelaras usaha, mengkaji keperluan untuk menambah baik perundangan semasa dan menangani sifat global aktiviti penipuan," katanya.
Terdahulu, Teo mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Kerjasama Asia Tenggara China Mobile di ibu negara Thailand.
Delegasi itu, yang termasuk Ketua Pegawai Strategi Digital National Bhd (DNB) Datuk Ahmad Zaki Zahid dan ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek John Fernandez, turut melawat True Digital Park, hab teknologi dan pemula niaga pertama di Thailand dan terbesar di Asia Tenggara.
Teo juga dijadualkan melawat Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan Thailand untuk membincangkan usaha antipenipuan pada Jumaat (hari ini).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#penipuan
#sistem pemberitahuan
#pelanggaran data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan