awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023

Bernama
Bernama
04/06/2023
20:20 MYT
Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di forum Dialog Shangri-La 2023 (SLD2023) di Singapura. - Foto Facebook/Datuk Seri Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR: Kesungguhan Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dengan negara serantau dan luar rantau dapat dilihat menerusi kehadiran Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di forum Dialog Shangri-La 2023 (SLD2023) di Singapura.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa seperti digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.
Kenyataan tersebut memaklumkan forum dari 2 hingga 4 Jun itu memberi impak besar kepada Malaysia sebagai peneraju dalam isu pertahanan dan keselamatan di Asia Tenggara untuk bertukar-tukar pandangan serta mendengar pendirian negara lain berhubung isu keselamatan terkini.
"Di samping itu, forum tersebut memperkukuh hubungan pertahanan dengan negara-negara berkepentingan," menurut kenyataan itu.
SLD2023 merupakan forum keselamatan bertaraf antarabangsa melibatkan penyertaan menteri-menteri pertahanan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dari negara di rantau Asia Pasifik dan benua Eropah.
Semasa forum tiga hari itu, Mohamad turut mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala bersama rakan sejawat dari negara strategik antaranya Singapura, Portugal, China serta Filipina.
Selain itu, beliau menghadiri sesi mesyuarat bersama menteri pertahanan negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama
#pertahanan
#negara serantau
#Mohamad Hasan
#Dialog Shangri-La
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan