CHENGDU: Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan dan membuka laluan lebih mudah dalam undian suku akhir.
Kapten pasukan dan pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik bersepakat dengan rakan sepasukanya untuk kekal yakin apabila menentang lawan seterusnya pada kejohanan berpasukan badminton paling berprestij dunia itu di Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu.
"Pastinya perlawanan yang sukar dan kami harus bersedia sepenuhnya untuk esok. Saya mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan mata dan akan mencuba yang terbaik buat Malaysia," katanya kepada media Malaysia di sini.
Menjangkakan pertembungan dengan gandingan nombor empat dunia Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, Wooi Yik bertekad bahawa beliau dan pasangannya Aaron Chia, akan berusaha 100 peratus untuk mengatasi lawan mereka.
Aaron-Wooi Yik mempunyai rekod yang cukup baik menentang Astrup-Rasmussen dengan memperoleh enam kemenangan dalam sembilan pertemuan setakat ini.
Walaupun Malaysia kelihatan lebih stabil dalam acara beregu, pemain profesional negara Lee Zii Jia akan menjadi penentu untuk meraih mata bagi kem perseorangan lelaki yang agak goyah.
Bagaimanapun, cabaran getir menanti beliau kerana berkemungkinan berhadapan dengan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen pada perlawanan pembukaan.
Axelsen telah memenangi lima perlawanan, manakala Zii Jia muncul juara sebanyak tiga kali berdasarkan lapan pertemuan mereka sebelum ini.
Zii Jia yang sedang bersiap sedia menentang Axelsen, juga meletakkan kepercayaan kepada rakan sepasukannya untuk bersinar melawan pasukan Denmark.
"Segala-galanya mungkin kini, tetapi yang penting saya percaya dengan rakan sepasukan," katanya.
Dalam pada itu, Axelsen enggan terlalu memikirkan pertarungan menentang pemain nombor 10 dunia Zii Jia, kerana saingan dengan Malaysia pastinya sengit.
Rakan sepasukannya dan perseorangan ketiga Rasmus Gemke akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan Denmark mengatasi Malaysia dan menjadi juara Kumpulan D.
Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Denmark menumpaskan Malaysia 3-2 pada aksi final Kumpulan D Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.
Malaysia memulakan kempen Piala Thomas 2024 penuh bergaya dengan kemenangan 5-0 masing-masing menentang Hong Kong pada Sabtu dan Algeria semalam.
Denmark turut mengikut langkah serupa setelah berjaya menumbangkan Algeria pada Sabtu dan Hong Kong semalam dengan jumlah mata yang sama.
Kejohanan Piala Thomas berlangsung hingga 5 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Aaron-Wooi Yik mempunyai rekod yang cukup baik menentang Astrup-Rasmussen dengan memperoleh enam kemenangan dalam sembilan pertemuan setakat ini. - Gambar fail/Stadium ASTRO
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."