awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu cari kaedah juarai ICT - Gobind

Bernama
Bernama
13/11/2018
08:25 MYT
Malaysia perlu cari kaedah juarai ICT - Gobind
GOBIND: "Kita adalah satu negara yang menjuarai bidang ICT 20 tahun yang lepas di mana kita mewujudkan MSC...20 tahun dulu kita dilihat sebagai negara paling ke depan dalam perkara ini." - Gambar fail
Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk menjuarai bidang industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menjadi pemimpin dalam industri itu pada masa akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Katanya, 20 tahun dahulu Malaysia pernah menjadi antara negara yang terkehadapan dalam bidang itu apabila mewujudkan program Multimedia Super Corridor (MSC), namun kini dilihat sudah ketinggalan berbanding negara lain.
"Kita adalah satu negara yang menjuarai bidang ICT 20 tahun yang lepas di mana kita mewujudkan MSC...20 tahun dulu kita dilihat sebagai negara paling ke depan dalam perkara ini.
"Tapi sekarang kita kelihatan seolah-olah ke belakang, jadi kita perlu mencari bagaimana Malaysia boleh menjadi juara dalam bidang ini dan menjadi 'leader' dalam industri ini untuk masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Kepimpinan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) di sini hari ini.
Bagi mencapai objektif itu, pemain industri dan kerajaan perlu bekerjasama terutama dalam mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk percambahan syarikat 'start up' baharu serta industri kecil dan sederhana dalam bidang ICT, katanya.
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#ICT
#kerajaan
#MSC
#Multimedia Super Corridor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan