KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia memerlukan kekuatan dan komitmen seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah.
Dalam perutusan khas sempena Aidilfitri 2024/1445H esok, Anwar berkata negara tidak boleh menyisihkan atau memusuhi mana-mana kelompok serta kaum sama ada majoriti mahupun minoriti atas apa jua alasan.
Bagaimanapun, katanya kerangka pembinaan bangsa itu bukan alasan untuk meremehkan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan meningkatkan pelaksanaan syariah di negara ini.
"Malah kita harus tegas, pasti dan tidak kelihatan bertolak ansur dalam kesungguhan kita memupuk nilai dan membina negara yang bermaruah.
"Namun jangan kita anggap ini sebagai suatu sijil, peluang untuk meremehkan, menghina atau merosakkan kaedah budaya dan cara hidup orang lain. Inilah perimbangan, keseimbangan yang perlu dipertahankan dalam semangat kita di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri Mubarak ini," katanya.
Perutusan khas itu disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan malam ini.
Dalam perutusan itu, Anwar turut mengajak rakyat menghayati makna Eid Mubarak di mana umat Islam meraikan kemenangan setelah berjaya kembali kepada fitrah kemanusiaan menerusi Ramadan yang menjadi 'madrasah ruhiyyah' untuk meninggalkan amalan dan budaya lama yang merosakkan.
Beliau berkata usaha untuk mencapai kemenangan itu harus mempunyai tekad kerana setiap perjuangan memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan perencanaan yang cermat bagi mengimbangi seluruh aspek kenegaraan.
"Kegopohan menjanjikan kegagalan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, kita mesti menimba pengalaman dan kebijaksanaan tokoh negarawan silam supaya menghindar yang mudarat dan mengangkat serta mencipta manfaat.
"Kita tidak menuntut semata-mata, perakuan dan kepujian malah teguran dan kritikan yang membina juga amat diperlukan dalam negara. Negara kita harus memupuk nilai-nilai supaya 'karamah insaniah' diperteguh," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengajak umat Islam supaya mengambil peluang Aidilfitri ini sebagai ruang terbaik untuk saling memohon kemaafan sekiranya berlaku ketelanjuran dan kesilapan.
Beliau menyifatkan ungkapan 'Maaf Zahir dan Batin' sering diucapkan setiap kali sambutan 1 Syawal sebagai tradisi istimewa rakyat Malaysia yang tidak diamalkan oleh umat Islam di negara lain.
"Ini tonggak mesej Islam itu sendiri, berjumpa bermaaflah. Kita semua lakukan kesalahan kesilapan. Jangan kita terlalu sombong untuk mengaku bahawa kita sudah sempurna.
"Ada keterlanjuran, ada kata-kata kesat, ada kemarahan. Maka ambillah peluang ini maaf zahir batin dengan keluasan yang terpancar dari hati nurani," katanya.
Anwar juga memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia sekiranya ada keterlanjuran kata, kesilapan bahasa ataupun yang telah menyentuh perasaan.
"Kita doa supaya kita punya kekuatan yang cukup bina perpaduan, rancak pertumbuhan, kasih pada yang melarat, memperkasa rakyat dan menjelmakan kejayaan. Malaysia mesti terus kuat dan makmur," katanya yang turut mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada seluruh umat Islam.
"Mereka yang melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman juga dinasihati supaya memandu dengan cermat dan ingat kepada yang tersayang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Anwar berkata negara tidak boleh menyisihkan atau memusuhi mana-mana kelompok serta kaum sama ada majoriti mahupun minoriti atas apa jua alasan. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Malaysia perlu kekuatan semua untuk lonjak ke tahap terbaik - Anwar
Anwar menegaskan bahawa Malaysia memerlukan kekuatan dan komitmen seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah.