awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu modenkan sistem perpaipan air dengan kecekapan dan inovasi - Fadillah

Bernama
Bernama
19/08/2025
05:20 MYT
Malaysia perlu modenkan sistem perpaipan air dengan kecekapan dan inovasi - Fadillah
Fadillah ketika melakukan gimik pelancaran ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Khas Air Malaysia 2025, pada Selasa. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memodenkan sistem perpaipannya dengan cekap dan berinovasi bagi memperkukuh prestasi operasi serta mengolah semula imej sektor air sebagai model ketahanan, kelestarian dan kecemerlangan perkhidmatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ringkasan AI
  • Malaysia perlu memodenkan sistem perpaipan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menangani isu kebocoran serta gangguan bekalan air.
  • Sektor air negara berada pada titik penentu, dengan keputusan hari ini akan menentukan kebolehpercayaan dan kelestarian perkhidmatan untuk masa depan.
  • Empat tonggak pembaharuan sektor air ialah kecekapan, transformasi digital, perancangan ketahanan dan penglibatan pihak berkepentingan.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata negara kini berada pada titik penentu dalam sektor air, dengan keputusan yang dibuat hari ini akan menentukan kebolehpercayaan, kelestarian dan kesaksamaan perkhidmatan air untuk generasi akan datang.
"Tema (persidangan dan pameran) tahun ini merangkumi kedua-dua aspek, iaitu keperluan mendesak dan peluang: keperluan mendesak untuk memodenkan sistem paip kita, memperkukuh kecekapan operasi dan menangani cabaran kritikal kebocoran serta gangguan; serta peluang untuk mengolah semula imej sektor air Malaysia," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Khas Air Malaysia 2025, di sini hari ini.
Persidangan dan Pameran Khas Air Malaysia 2025 itu bertemakan "Bahan Paip, Reka Bentuk, Pembinaan, Pemantauan dan Penyelenggaraan untuk Sistem Air dan Pembetungan".
Fadillah berkata pembaharuan akan berteraskan empat tonggak strategik iaitu kecekapan diutamakan, transformasi digital, perancangan ketahanan dan penglibatan pihak berkepentingan.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#sistem perpaipan
#gangguan bekalan air
#Sektor air negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan