awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah

Bernama
Bernama
12/08/2023
08:36 MYT
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Fadillah menghadiri Persidangan Perubatan Integratif Antarabangsa Keempat dan Kongres Asia yang julung kali mengenai ketum di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ FB Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendekatan strategik terhadap ketum menggariskan usaha Malaysia untuk mengekalkan budaya dan kemajuan ekonomi.
"Strategi holistik negara melibatkan semua pihak berkepentingan, mengimbangi kemajuan dengan warisan," katanya semasa pelancaran Persidangan Perubatan Integratif Antarabangsa Keempat dan Kongres Asia yang julung kali mengenai ketum di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata melangkaui kepentingan ekonomi, sektor komoditi Malaysia memainkan peranan penting dalam menjamin rantaian bekalan makanan dunia.
"Terutamanya, minyak sawit dan koko kita adalah bahan penting dalam pelbagai produk makanan yang dihasilkan secara bertanggungjawab dan mampan," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan ketum di Malaysia dikawal selia dengan teliti oleh undang-undang dan dasar yang ketat.
"Oleh itu, pembangunan ketum, tumbuhan tropika yang terkenal dengan sifat perubatannya yang mengandungi alkaloid psikoaktif ke dalam industri, mesti seimbang dengan potensi manfaat dan risikonya," katanya.
Justeru, Fadillah berkata Malaysia menggunakan pendekatan pelbagai aspek yang melibatkan pengawalseliaan, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.
Rangka kerja undang-undang dalam tadbir urus ketum merangkumi Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengenakan kawalan ketat ke atas penanaman, pemilikan dan penjualan.
"Sejajar dengan itu, komitmen kerajaan terhadap penyelidikan saintifik menekankan dedikasinya untuk membuat keputusan termaklum," katanya.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata kerajaan kekal komited terhadap pembuatan keputusan berasaskan data serta menyesuaikan peraturan mengikut keperluan untuk mengharmonikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketum
#Fadillah Yusof
#industri komoditi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan