NATIONAL
Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat mengenai Strategi Teknologi AI dan aset digital yang berpotensi memupuk pertumbuhan ekonomi negara lebih mampan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.
Ringkasan AI
- Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan penggunaan AI untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
- Perdana Menteri menekankan potensi Malaysia dalam aset digital Islam dan industri halal serta kepentingan menangani ancaman siber.
- Kerjasama antara kementerian dan agensi melalui platform khas diperlukan bagi memastikan pendekatan AI lebih sistematik dan berkesan.
"Penekanan perlu dibuat khususnya berkaitan ancaman siber dan juga membina keyakinan dalam kalangan industri dan institusi," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Justeru Anwar percaya kerjasama secara aktif antara Kementerian Digital; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti melalui sebuah platform khas, dapat menyelaras pendekatan itu dengan lebih sistematik serta menyeluruh.
Perdana Menteri berkata kerjasama itu juga kemudiannya dapat memacu ekonomi supaya negara kekal kompetitif dan efektif.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami