awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu sistem perlindungan lebih kukuh elak kemiskinan pada usia tua - Ahli akademik

Bernama
Bernama
26/07/2022
20:16 MYT
Malaysia perlu sistem perlindungan lebih kukuh elak kemiskinan pada usia tua - Ahli akademik
Rakyat Malaysia tidak mampu untuk bersara dengan selesa dan perlu bekerja walaupun selepas berumur 60 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sistem perlindungan negara yang lebih kukuh untuk melindungi rakyatnya daripada kemiskinan pada usia tua, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya Datuk Prof Emeritus Norma Mansor.
Beliau berkata rakyat Malaysia tidak mampu untuk bersara dengan selesa dan perlu bekerja walaupun selepas berumur 60 tahun seperti di Singapura.
"Golongan tua yang kekal dalam pekerjaan tidak mengambil alih daripada golongan muda. Mereka melakukan sesuatu yang berbeza. Kajian menunjukkan ia tidak boleh diganti," katanya pada sesi bertajuk 'Old-Age Poverty in Malaysia: Understanding the Societal Impact through Islamic Finance' di sini pada Selasa.
Sesi itu adalah sebahagian daripada Invest Shariah Conference 2020 selama setengah hari anjuran bersama Bursa Malaysia Bhd dan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Norma mencadangkan sistem perlindungan asas yang menyediakan jaminan kewangan selepas bersara.
"Malah, dalam kalangan mereka yang celik kewangan, mereka berasa tidak jamin dari segi kewangan dan itu sebabnya Thailand memperkenalkan pencen hari tua selepas krisis 1997.
"Apabila mereka (kerajaan Thailand) menemu bual mereka dalam kumpulan berpendapatan sederhana dan yang tinggi sedikit, (didapati) mereka tidak yakin jika tiada pendapatan asas bulanan yang menjaminkan untuk mereka," katanya.
Norma berkata SWRC mencadangkan pendapatan persaraan pelbagai peringkat, sekurang-kurangnya untuk pendapatan asas.
Ini adalah patuh syariah, katanya, sambil menambah peringkat pendapatan terendah perlu dibiayai cukai.
"Itu adalah tanggungjawab asas kerajaan. Peringkat kedua yang kami cadangkan ialah mewajibkan setiap rakyat Malaysia mempunyai insurans keselamatan sosial yang sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ia boleh menjadi rendah; di Thailand, ia adalah 500 baht (kira-kira RM61) sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kemiskinan pada usia tua
#sistem perlindungan
#simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan