Malaysia memerlukan 200 lagi pakar neurologi untuk memastikan jumlah pesakit strok yang kian meningkat akan mendapat rawatan yang secukupnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 92 pesakit strok dimasukkan ke hospital setiap hari dan kini negara hanya mempunyai 107 pakar neurologi.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mempunyai 50 pakar dan pelatih neurologi, universiti mempunyai 33 pakar dan pelatih neurologi manakala seramai 24 pakar neurologi adalah daripada sektor swasta.
"Secara keseluruhan, 107 (pakar) neurologi memang tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kepada jumlah kes strok yang besar dan kita perlukan 200 pakar neurologi lagi tetapi bukan hanya tertumpu di hospital besar tetapi juga hospital-hospital lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Strok Malaysia yang pertama di sini pada Sabtu.
Tambahnya, rekod pada 2016 menunjukkan bahawa seramai 33,812 pesakit strok dimasukkan ke hospital dengan kos implikasi kepada kementerian adalah sebanyak RM180 juta.
Bagaimanapun, beliau berkata sasaran itu mungkin hanya akan tercapai dalam tempoh empat hingga enam tahun lagi kerana untuk melatih pakar neurologi ini mengambil masa yang panjang.
Katanya, pada masa ini, kementerian mengambil langkah mengembang tenaga kepakaran dalam bidang lain yang sedia ada dan bukan hanya tertumpu kepada pakar neurologi untuk menangani pesakit strok.
"Contohnya, sekiranya ada kes strok, pakar kecemasan boleh memberikan rawatan awal perkhidmatan strok di situ dulu sebelum pesakit dirujukkan kepada pakar neurologi.
"Sekarang ini perkhidmatan kita 'cut across horizontal', bukan lagi 'vertical' yang tertumpu kepada neurologi sahaja, tetapi kita juga perkasakan pakar-pakar dalam bidang lain seperti klinik kesihatan, pakar perubatan keluarga, pakar kecemasan dan pakar perubatan am dalam membawa mereka bersama dalam rawatan pesakit strok," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata setakat ini, semua hospital di seluruh negeri mempunyai pakar neurologi kecuali Kedah dan Perlis yang mana mereka akan dibekal tidak lama lagi.
"Kita sedang melatih 11 pelatih neurologi dan mungkin dalam setahun dua lagi mereka akan menjadi pakar dan kita merancang untuk menempatkan mereka di kedua-dua negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2019
Rekod pada 2016 menunjukkan bahawa seramai 33,812 pesakit strok dimasukkan ke hospital dengan kos implikasi kepada kementerian adalah sebanyak RM180 juta. - Pixabay.com
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada 12 tengah hari Isnin.
Dua lelaki rugi RM3 juta ditipu pelaburan kripto, saham
Kes pertama, mangsa merupakan seorang doktor pakar kerugian lebih RM2 juta, manakala mangsa kedua ialah pesara jurutera syarikat swasta.
PRN Johor: Kurang doktor pakar, perlu ke bandar untuk terima rawatan
Isu yang sudah lapuk sekian lama sehingga kini masih belum menemukan jalan penyelesaian.
28,000 doktor pakar diperlukan menjelang 2030 - Khairy
Negara memerlukan sekurang-kurangnya 28,000 doktor pakar menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan peningkatan populasi golongan warga emas.
Malaysia kekurangan pakar neurologi kanak-kanak - Dr Dzulkefly
Negara hanya mempunyai 22 pakar tersebut berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan dan hanya sembilan daripada mereka berkhidmat di hospital kerajaan.
Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.
Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ Cell Tumor'
Bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijangka berlepas ke United Kingdom (UK) minggu depan.
Dua saksi doktor inkues Muhammad Adib buat laporan berkaitan ugutan - Polis
Kedua-dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam Inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.
Malaysia perlukan 200 pakar neurologi untuk rawat pesakit strok
Seramai 92 pesakit strok dimasukkan ke hospital setiap hari dan kini negara hanya mempunyai 107 pakar neurologi.
"Nyanyi sikit pun dah rasa pedih" - Jeslina Hashim dedah punca peti suara rosak
Penyanyi Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali membuat persembahan, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya.