KUALA LUMPUR: Malaysia telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM107.5 bilion meliputi sektor perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu menunjukkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding RM63.3 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.
Beliau memberitahu, daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 58.1 peratus atau RM62.5 bilion berbanding RM19.8 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Bagi pelaburan langsung domestik (DDI) pula menyumbang sebanyak 41.9 peratus atau RM45.1 bilion.
"Pelaburan ini melibatkan 2,110 projek dan dijangka mewujudkan hampir 45,000 peluang pekerjaan baharu.
"Daripada keseluruhan jumlah FDI tersebut, sektor perkilangan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM58.2 bilion atau 93.1 peratus daripada jumlah kelulusan FDI.
"Sektor perkhidmatan dan utama pula masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.16 bilion atau 3.5 peratus dan RM2.15 bilion atau 3.4 peratus," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikin bagi menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang meminta kerajaan menyatakan rancangan strategik kementeriannya untuk menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca COVID-19 bagi menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut memaklumkan, kerajaan sentiasa komited dalam mempergiat dan memperkukuhkan usaha untuk terus menarik pelaburan.
Katanya, ia bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara destinasi pelaburan pilihan terutamanya pelaburan yang berkualiti tinggi agar dapat memberi manfaat kepada agenda sosio-ekonomi negara melalui limpahan aktiviti ekonomi, pewujudan peluang perniagaan dan penciptaan pekerjaan yang bernilai tinggi.
Azmin berkata, pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia dan ia terbukti apabila kedudukan negara dalam Laporan World Competitiveness Rangking 2021 meningkat dua anak tangga jika dibandingkan tahun sebelumnya.
"Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia dan kita akan terus meneruskan usaha untuk menarik pelabur-pelabur asing yang berkualiti tinggi," jelas beliau lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Sep 27 2021
Mohamed Azmin Ali berkata, angka itu menunjukkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding RM63.3 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun tahun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.