awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Qatar bincang isu dua hala, ASEAN-GCC

Bernama
Bernama
09/05/2025
15:27 MYT
Malaysia, Qatar bincang isu dua hala, ASEAN-GCC
Menurut Kementerian Luar Malaysia, perbincangan diadakan semasa kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Qatar Dr Ahmad Hassen Al-Hammadi ke atas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Putrajaya. - Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Qatar pada Jumaat mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala serta persiapan menjelang Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang akan datang.
Menurut Kementerian Luar Malaysia di laman Facebook rasminya, perbincangan diadakan semasa kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Qatar Dr Ahmad Hassen Al-Hammadi ke atas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Putrajaya.
"Kedua-dua pihak membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi usaha memperkukuh hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Qatar adalah anggota GCC yang turut dianggotai Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China sulung pada penghujung bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Qatar
#isu dua hala
#ASEAN-GCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan