awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan

Bernama
Bernama
22/09/2021
09:51 MYT
Malaysia raih tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan
Malaysia telah menerima tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan baru-baru ini oleh Clarivate Plc. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia telah menerima tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan baru-baru ini oleh Clarivate Plc, peneraju global dalam penyaluran maklumat serta pandangan yang dipercayai untuk mempercepatkan langkah inovasi.
Clarivate dalam satu kenyataan menjelaskan Malaysia merangkul tiga anugerah dalam tiga kategori berbeza iaitu institusi akademik melalui Universiti Putra Malaysia, organisasi penyelidikan kerajaan yang dirangkul oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan syarikat melalui Top Glove Corporation Bhd.
Keseluruhan 27 pemenang daripada 276 organisasi diumumkan di Forum Inovasi untuk wilayah tersebut pada 21 September.
"Anugerah ini berdasarkan analisis jumlah paten, jumlah kutipan, kejayaan paten dan tahap globalisasi dalam penggunaan paten, dengan menggunakan data daripada Derwent World Patents Index(TM) (DWPI) serta Derwent Patent Citations Index(TM) (DPCI).
"Kriteria yang digunakan untuk memilih inovator terbaik dari Asia Selatan dan Asia Tenggara sama dengan kriteria yang digunakan oleh Top 100 Global Innovators(TM) tahunan yang mengenal pasti organisasi yang mencerminkan keunggulan dalam landskap inovasi global," kata Clarivate.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan
#Clarivate Plc
#Universiti Putra Malaysia
#Lembaga Minyak Sawit Malaysia
#Top Glove
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan