Segala persoalan terjawab apabila 13 pemenang Anugerah Rice Bowl Startup 2019 Malaysia diumum sebagai pemenang dalam majlis yang berlangsung di Oasis Damansara, di sini, hari ini.
Anugerah yang mengiktiraf inovasi, kecemerlangan dan amalan terbaik dalam kalangan peserta ekosistem dan syarikat permulaan itu menyaksikan para pemenang tersebut bakal mewakili negara di anugerah utama ASEAN Rice Bowl Startup pada Januari 2020 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
Kemenangan tersebut menyaksikan setiap pemenang menerima Khidmat Nasihat Perhubungan Awam Strategik bernilai RM15,000 sumbangan Suppagood PR Sdn. Bhd.
Memasuki tahun kelima penganjuran, Malaysia menjadi negara pertama yang mengumumkan para pemenang Rice Bowl Startup 2019.
Anugerah Rice Bowl Startup 2019 menobatkan syarikat Runcloud sebagai pemenang Syarikat Permulaan Terbaik.
Sementara, Pengasas Zoom, Jeevan Kumar dan Gobi Partners masing-masing memenangi kategori Pengasas Terbaik dan Pelabur Terbaik.
Manakala pemenang-pemenang lain adalah Easyparcel (Syarikat Permulaan E-Dagang dan Rantaian Pembekal Terbaik); Medkad (Best Life Helper); Stixfresh (Syarikat Permulaan Teknologi Makanan/Agri Teknologi Terbaik); dan Favoriot (Syarikat Permulaan IoT Terbaik).
Selain itu, Engage menenangi kategori Kepintaran Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin Permulaan Terbaik; Curlec (Syarikat Permulaan Teknologi Kewangan (Fintech) Terbaik); 1337 Ventures (Program Pemecut atau Inkubator Terbaik); Common Ground (Ruang Kerja Bersama Terbaik); Runcloud (Pendatang Baharu Terbaik); dan GA Space (People's Choice).
Turut hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Mengulas lanjut, pengerusi ASEAN Rice Bowl Startup, Hamdi Mokhtar berkata, pihaknya menerima lebih 3,000 penyertaan pada tahun ini dari seluruh Asia Tenggara, dan ia menunjukkan peningkatan hampir 60 peratus (%) berbanding tahun lalu.
“Syarikat-syarikat permulaan ini datang daripada pelbagai industri dan latar belakang yang ghairah untuk menempah kejayaan buat syarikat mereka.
“Mereka adalah golongan yang berani mengambil risiko dan memajukan komuniti syarikat permulaan dengan kerja keras mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan, di sini.
Sebelum itu, pada majlis sama berlangsung sesi perbincangan antaranya mengenai topik bagaimana peranan agensi kerajaan dalam ekosistem syarikat permulaan Malaysia.
Sesi tersebut yang dikendalikan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Baharin menampilkan ahli panel seperti Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (MaGIC), Dzuleira Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri; dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said.
Percalonan dibuka kepada semua syarikat yang ditubuhkan kurang dari 5 tahun di mana-mana negara ASEAN.
Untuk sesi tahun ini, percalonan bermula pada 27 Mei 2019 sehingga 9 Ogos 2019.
Ia disusuli dengan satu pusingan penilaian oleh pakar industri dan pemenang setiap negara akan diumum di pelbagai acara kebangsaan pada Oktober dan November 2019 di negara masing-masing.
Pemenang di setiap negara seterusnya berpeluang mara ke peringkat serantau dan mengambil bahagian pada pertandingan akhir serantau.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 10 2019

13 pemenang Anugerah Rice Bowl Startup 2019 Malaysia diumum sebagai pemenang dalam majlis yang berlangsung di Oasis Damansara, di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI

CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.

Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Siti Nurhaliza mahu bangunkan galeri sendiri
Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.
TNB mengorak langkah penting memacu TBB berskala besar
TNB mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu TBB berskala besar dan inisiatif teknologi bersih dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain.
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM47.59 bilion daripada RM51.07 bilion pagi ini, tetapi mudah tunai dana islam meningkat kepada RM20.88 bilion daripada RM17.74 bilion sebelumnya.
Pantau Agenda Reformasi: Penarafan Universiti: Apa sumbangan kepada masyarakat?
Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa IsHAK, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara
Tourism Malaysia lancar "Let's Go MRXD" musim kedua, guna teknologi Metaverse
Tourism Malaysia meneroka percubaan pertamanya ke dalam teknologi Metaverse dengan melancarkan "Let's Go MRXD" musim kedua dengan menampilkan pengalaman mengembara ke beberapa lokasi menarik di seluruh Malaysia menggunakan teknologi Metaverse.

'Berakhir sudah derita Afina Sofea' - Ibu reda pemergian anak hidap neuroblastoma
Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.

Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

Malaysia Rice Bowl Startup: Runcloud diumum Syarikat Permulaan Terbaik, 13 ke peringkat ASEAN
Pemenang menerima Khidmat Nasihat Perhubungan Awam Strategik bernilai RM15,000 sumbangan Suppagood PR Sdn. Bhd.