awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Rusia akan bekerjasama bendung keganasan antarabangsa

Bernama
Bernama
28/08/2019
09:07 MYT
Malaysia, Rusia akan bekerjasama bendung keganasan antarabangsa
Aspek cabaran keselamatan, memerangi pengedaran dadah, keselamatan siber serta menangani jenayah terancang dan ekstremisme juga dibincang antara kedua-dua negara. - Astro AWANI
Malaysia dan Rusia berhasrat meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara terutamanya dalam perkongsian maklumat bagi membendung keganasan antarabangsa, kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini.
Mempengerusikan bersama mesyuarat dua hala Malaysia-Rusia pada Selasa, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Rusia Nikolai Patrushev bertukar pandangan mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala termasuk cabaran keselamatan, kerjasama pertahanan, memerangi pengedaran dadah, keselamatan siber serta menangani jenayah terancang dan ekstremisme.
Mohamad juga menyatakan sokongan Malaysia terhadap kerjasama dengan Rusia pada masa akan datang dalam bidang keselamatan siber, dan mengulangi hasrat Malaysia untuk meningkatkan kerjasama industri pertahanan menerusi perkongsian pintar serta usaha sama strategik perniagaan antara Malaysia dan syarikat pertahanan Rusia.
Delegasi Malaysia, diketuai Mohamad terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maratim Malaysia.
Patrushev berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari bermula Selasa (27 Ogos).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekstremisme
#Hubungan dua hala
#jenayah
#kerjasama
#keselamatan siber
#Malaysia
#pengedaran dadah
#pertahanan
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan