awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sambut baik pelan Gaza Trump, desak pelaksanaan sepenuhnya

Bernama
Bernama
30/09/2025
15:40 MYT
Malaysia sambut baik pelan Gaza Trump, desak pelaksanaan sepenuhnya
Kementerian Luar berkata pelan itu, yang dinanti-nantikan masyarakat antarabangsa, merupakan langkah penting ke arah menamatkan segera jenayah genosid, kebuluran dan kemusnahan di Gaza. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang Israel di Gaza melalui pelan komprehensif, sambil menyuarakan harapan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Ringkasan AI
  • Malaysia menyambut baik pelan komprehensif Presiden AS Donald Trump untuk menamatkan perang Israel di Gaza.
  • Wisma Putra berharap pelan itu dilaksana sepenuhnya termasuk penghantaran bantuan, pengunduran tentera Israel, kepulangan pelarian dan pembinaan semula Gaza.
  • Malaysia sedia bekerjasama dengan AS dan masyarakat antarabangsa bagi keamanan Gaza serta penubuhan Negara Palestin merdeka berasaskan sempadan pra-1967.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata pelan itu, yang dinanti-nantikan masyarakat antarabangsa, merupakan langkah penting ke arah menamatkan segera jenayah genosid, kebuluran dan kemusnahan di Gaza.
"Malaysia berharap pelan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, seterusnya membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan, pengunduran pasukan Israel, kepulangan pelarian dan rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa, serta pembinaan semula Gaza," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar menegaskan perlunya pelaksanaan pelan tersebut selaras dengan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi berkaitan, selain perlindungan kepada rakyat Palestin serta menangani isu keadilan dan akauntabiliti.
"Semua ini adalah penting untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, keselamatan serta kestabilan untuk semua pihak di rantau berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata Malaysia bersedia bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan anggota masyarakat antarabangsa lain dalam menyokong usaha murni untuk mencapai keamanan di Gaza, memastikan pengintegrasian Gaza dengan Tebing Barat serta merealisasikan penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Pada Isnin, Trump mengumumkan pelan 20 perkara bagi menamatkan perang Israel di Semenanjung Gaza yang terkepung.
Pelan itu termasuk pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin, pelucutan senjata sepenuhnya Hamas, dan pembentukan jawatankuasa teknokrat Palestin tanpa kaitan politik untuk mentadbir enklaf itu, menurut laporan Anadolu Ajansi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pelan Gaza
#Presiden AS Donald Trump
#gencatan senjata
#perang Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan