awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bekerjasama dengan AS, UK tangani isu buruh paksa

Bernama
Bernama
10/02/2022
07:14 MYT
Malaysia sedia bekerjasama dengan AS, UK tangani isu buruh paksa
Saravanan berkata isu pemerdagangan orang yang turut merangkumi aspek buruh paksa adalah cabaran besar yang dihadapi oleh negara. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Malaysia sedia bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) bagi menangani isu pemerdagangan orang khususnya buruh paksa, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu boleh dilaksanakan menerusi kerangka Pelan Tindakan Nasional Mengenai Buruh Paksa (NAPFL) yang dilancarkan pada tahun lepas dan beliau akan bertemu dengan perwakilan diplomatik AS dan UK berhubung kerjasama itu.
Semalam, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeters dan Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia Charles Hay dalam satu kenyataan bersama menyatakan kesediaan mereka untuk berkongsi pengalaman kedua-dua negara dengan Malaysia dalam mendepani cabaran isu buruh paksa.
Saravanan berkata isu pemerdagangan orang yang turut merangkumi aspek buruh paksa adalah cabaran besar yang dihadapi oleh negara khususnya Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam melindungi hak pekerja serta memastikan pematuhan terhadap perundangan perburuhan.
Beliau berkata KSM komited menangani isu secara sistematik dengan cadangan pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada Mac ini dengan memasukkan peruntukan berkaitan buruh paksa.
Saravanan berkata KSM juga diarahkan untuk terus bekerjasama dengan perwakilan diplomatik dari negara sumber selain Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Isu buruh paksa menjadi satu daripada inti pati perbincangan utama dalam rundingan kerjasama dua hala dengan negara sumber bagi pekerja warga asing," katanya.
KSM juga akan mengadakan kerjasama dengan ILO bagi menganjurkan Dialog Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa pada Mac ini dengan melibatkan semua pihak berkepentingan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#buruh paksa
#Amerika Syarikat
#NAPFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan