awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia jadi tuan rumah Simposium Perdana Haji

Bernama
Bernama
21/06/2023
03:23 MYT
Malaysia sedia jadi tuan rumah Simposium Perdana Haji
Mohd Na'im Mokhtar (dua dari kiri) bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.
JEDDAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.
Mohd Na'im yang kini dalam lawatan kerja ke Arab Saudi dan menunaikan haji berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah mengenai perkara itu.
"Mungkin kita boleh buat secara rantau ASEAN, kita ketuai di Malaysia... di pihak Tabung Haji (TH) dan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita bersedia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri simposium berkenaan di sini.
Simposium itu menghimpunkan para cendekiawan dan pakar dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam semua aspek ibadat haji.
Mohd Na'im berkata, sekiranya simposium tersebut diadakan di Malaysia, ia akan membantu pemain industri haji dan umrah serantau untuk mengambil bahagian dalam perbincangan, selain tidak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk ke Arab Saudi.
Selain itu, katanya, TH yang mempunyai 60 tahun pengalaman dalam mengendalikan urusan haji juga boleh berkongsi kejayaannya dengan negara Islam lain.
"Kita pun ramai dalam kalangan pensyarah universiti yang menulis mengenai haji dan umrah dan saya rasa kalau kita buat simposium di negara kita, kita boleh cungkil lagi bakat baharu di Thailand dan Singapura contohnya untuk memberikan idea-idea terbaik," katanya dan menambah perbincangan boleh terarah kepada kaedah menangani kenaikan kos haji.
Mengenai Simposium Perdana Haji kali ke-47 yang diadakan pada Selasa (20 Jun) itu, Mohd Na'im berkata, kehadiran Malaysia penting bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada kerajaan Arab Saudi mengenai usaha yang diperkenalkan negara itu untuk kemudahan bakal haji.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Simposium Perdana Haji
#malaysia tuan rumah
#Grand Hajj Symposium
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan