awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke

Bernama
Bernama
29/01/2026
09:48 MYT
Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke
Loke (kiri) ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kota Bharu di Bandar Baru, Tunjong hari ini. -Foto Bernama
KOTA BHARU: Malaysia bersedia menghidupkan semula sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang ke Sungai Golok, Thailand bagi memperkukuh hubungan pengangkutan serta ekonomi dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Ringkasan AI
  • Malaysia bersedia menghidupkan semula sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang ke Sungai Golok, Thailand bagi memperkukuh hubungan pengangkutan serta ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
  • Projek sambungan Koridor Rantau Panjang melibatkan laluan rel antara Pasir Mas dengan Rantau Panjang akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada perancangan jangka sederhana negara.
  • Perbincangan lanjut projek tersebut dijangka dapat dilakukan selepas pembentukan kerajaan baharu Thailand, dengan pengendali kereta api negara itu menunjukkan minat untuk menyambung rangkaian rel ke Koridor Rantau Panjang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata langkah itu termasuk penyambungan semula Koridor Rantau Panjang menerusi laluan rel antara Pasir Mas dengan Rantau Panjang, melibatkan projek baik pulih landasan bagi membolehkan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad beroperasi sehingga kawasan sempadan.
Loke berkata projek berkenaan yang melibatkan jajaran Pasir Mas-Rantau Panjang, akan dilaksanakan kementeriannya sebagai sebahagian daripada perancangan jangka sederhana negara.
"Malaysia turut mengalu-alukan hasrat Thailand untuk menyambung rangkaian rel mereka sehingga Rantau Panjang, namun beberapa pertukaran kerajaan di negara itu sejak setahun lepas telah menjejaskan kesinambungan perbincangan antara kedua-dua pihak.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Thailand sebelum ini dan banyak perkara telah diputuskan, bagaimanapun berlaku pertukaran menteri dan kini mereka akan menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.My Kota Bharu di sini hari ini.
Beliau berkata perbincangan lanjut dijangka dapat diteruskan selepas pembentukan kerajaan baharu Thailand, sambil memaklumkan bahawa pengendali kereta api negara itu, State Railway of Thailand, secara amnya menunjukkan minat untuk menyambung rangkaian rel ke Koridor Rantau Panjang.
"Kerajaan Malaysia memang bersedia dan berharap projek sambungan ini dapat dilaksanakan semula," katanya.
Loke berkata projek itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kini berada pada peringkat penyediaan dokumen tender.
"Tender akan dipanggil tidak lama lagi dan tempoh pelaksanaan projek dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang dijangka mula dilaksanakan tahun ini dengan kos keseluruhan RM264 juta.
Projek itu diluluskan di bawah Rolling Plan 1 RMK13 bagi 2026 dan akan dilaksanakan oleh Perbadanan Aset Keretapi, dengan proses perolehan dijangka bermula pada suku pertama tahun ini.
Pelaksanaan projek berkenaan bertujuan mengaktifkan semula laluan itu bagi perkhidmatan tren penumpang dan kargo, sekali gus memperkukuh hubungan rel rentas sempadan Malaysia-Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok, Thailand.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan Malaysia menghidupkan semula sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang ke Sungai Golok, Thailand? A: Malaysia menghidupkan semula sambungan perkhidmatan kereta api untuk memperkukuh hubungan pengangkutan serta ekonomi dua hala antara Malaysia dan Thailand.
  • Q: Mengapakah perbincangan mengenai projek sambungan rel antara Malaysia dan Thailand tergendala? A: Perbincangan tergendala disebabkan oleh pertukaran kerajaan di Thailand sejak setahun lalu yang telah mengganggu kesinambungan perbincangan antara kedua-dua pihak.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia dalam melaksanakan projek sambungan rel antara Pasir Mas dan Rantau Panjang? A: Malaysia telah memasukkan projek sambungan rel antara Pasir Mas dan Rantau Panjang dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kini berada pada peringkat penyediaan dokumen tender.
  • Q: Berapakah kos keseluruhan yang dijangka untuk projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang? A: Kos keseluruhan untuk projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang dijangka berjumlah RM264 juta.
  • Q: Apakah tujuan pelaksanaan projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang? A: Pelaksanaan projek bertujuan untuk mengaktifkan semula laluan kereta api bagi perkhidmatan tren penumpang dan kargo, serta memperkukuh hubungan rel rentas sempadan Malaysia-Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok, Thailand.

Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Thailand
#Rantau Panjang
#perkhidmatan kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan