MALAYSIA
Malaysia siasat ketelusan gencatan senjata Thailand-Kemboja - Panglima ATM

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar ketika ditemui media selepas Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2025 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin hari ini. - Foto Bernama
GEMAS: Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang diketuai Malaysia memainkan peranan penting dalam menjalankan siasatan terhadap ketelusan gencatan senjata di sempadan Thailand dan Kemboja.
Ringkasan AI
- Malaysia mengetuai Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang ditubuhkan oleh ASEAN untuk menyiasat pelanggaran gencatan senjata di sempadan Thailand-Kemboja dan memastikan ketelusan pelaksanaannya.
- IOT menerima laporan pelanggaran dari kedua-dua negara dan kini menjalankan siasatan serta mengadakan pertemuan dua kali seminggu dengan wakil Thailand dan Kemboja bagi menyelaraskan tindakan dan laporan.
- Malaysia bersedia menaik taraf kepada Pasukan Pemerhati Atase Pertahanan ASEAN (AOT) jika diperlukan, bagi memperkukuh pemantauan rentas sempadan secara lebih formal dan berterusan.
"Kita juga meminta Thailand dan Kemboja untuk berhubung dengan Kumpulan Tindakan Bersama daripada kedua-dua negara termasuk bahagian perundangan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Lapang Sasar, Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Thailand dan Kemboja sebelum ini bersetuju untuk mematuhi gencatan senjata dengan teguh di sepanjang sempadan bersama mereka, dengan kedua-dua pihak mengekalkan kedudukan anggota tentera sedia ada serta tidak menambah kekuatan ketenteraan.
Menurut Minit Persetujuan Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan AM (GBC) yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa GBC pada 7 Ogos lepas, kedua-dua pihak juga perlu mengelak daripada melepaskan tembakan secara provokatif ke arah kedudukan atau pasukan lawan yang boleh mencetuskan ketegangan.
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata IOT ketika ini mengadakan perjumpaan dengan Thailand dan Kemboja sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi memerhati dan melaporkan perkembangan terkini di kawasan terbabit.
Beliau berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk menghantar wakil di peringkat selanjutnya selepas IOT iaitu Pasukan Pemerhati Atase Pertahanan ASEAN (AOT) bagi kedua-dua negara berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami