Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong melancarkan rekaan projek Marina One, di Daerah Perniagaan Pusat (CDB) Singapura.

Pembangunan Marina One dilaksanakan oleh M Plus S Private Limited, syarikat kerjasama Khazanah Nasional dan Temasek Holdings.

Ia terdiri daripada pembangunan meliputi lot kediaman, komersil dan perniagaan,

Marina One adalah satu daripada dua projek yang akan di kendalikan M Plus S Private Limited di dua kawasan Marina South dan Ophir-Rochor.

Pembangunan ini adalah hasil perkembangan perjanjian pelaksanaan POA 2010, dimana Singapura bersetuju menawarkan empat bidang tanah kepada Malaysia.

Ia sebagai ganti penyerahan tiga bidang tanah KTMB di Tanjong Pagar, Bukit Timah, Kranji dan Woodlands kepada Singapura.