KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Josephine Teo, di sini, hari ini, turut membincangkan kerjasama untuk mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara.
"(Mesyuarat) membincangkan dengan lebih mendalam hala tuju kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital selain bidang komunikasi," katanya dalam kenyataan media selepas mesyuarat dengan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura itu.
Menurut Fahmi, Malaysia dan Singapura baru sahaja memperbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Jan lepas di negara jiran itu.
Ia sekali gus menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital, katanya.
Fahmi turut mengalu-alukan kesudian Teo serta delegasinya untuk menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia malam ini.
"Konsert anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura ini merupakan konsert kali ke-14 yang bermatlamat untuk menaikkan taraf industri muzik kedua-dua negara menerusi pertukaran kepakaran dan pengalaman serta penggunaan teknologi, selain memberi pendedahan kepada budaya kerja antara kedua-dua stesen penyiar," kata Fahmi.
Turut serta dalam sesi mesyuarat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, Joseph Leong, Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), dan Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kanan) bergambar bersama Menteri Komunikasi dan Informasi Singapura Josephine Teo (kiri) selepas menghadiri mesyuarat dua hala di ibu kota hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.

Isu dua hala, kepentingan bersama disentuh dalam pertemuan PM dan Presiden Singapura
Perdana Menteri berkata ini adalah merupakan pertemuan kedua beliau bersama Presiden Republik itu.

'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia
Kerajaan negeri merancang membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.

Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian
Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan.

Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama perlindungan data, keselamatan siber dan ekonomi digital
JCM mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Konsert Muzika Esktravaganza buktikan hubungan erat Malaysia-Singapura - Fahmi
Program itu merupakan acara penutup kepada penganjuran JCM Keenam Bidang Penerangan dan Komunikasi bagi kedua-dua negara.

Malaysia-Singapura bincang adakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber
Malaysia dan Singapura akan berbincang mengenai keperluan mengadakan Persidangan Meja Bulat Sekuriti Siber Malaysia-Singapura pada setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan keselamatan siber.

Rangka kerjasama ekonomi digital Malaysia-Singapura boleh jadi contoh kepada negara ASEAN - Tengku Zafrul
Rangka kerja itu merupakan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Malaysia perlu utamakan bekalan makanan negara sebelum eksport ke Singapura
Malaysia harus menilai semula eksport makanan ke Singapura. Keutamaan sepatutnya kepada keperluan rakyat tempatan, memandangkan keselamatan makanan berkait rapat dengan kedaulatan negara.

Batu Puteh: Singapura perlu hormat hak Malaysia teruskan semakan semula
Singapura seharusnya menghormati hak Malaysia untuk meneruskan semakan semula ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai Batu Puteh.