Malaysia menyokong penuh usaha ke arah denuklearisasi dan berharap usaha sebegitu tidak hanya bertumpu kepada negara tertentu seperti Korea Utara dan Iran sahaja, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
"Ia harus merangkumi semua negara yang memiliki senjata nuklear," kata beliau kepada media di luar acara Dialog Shangri-La (SLD) edisi ke-17 di sini hari ini.
Mohamad berkata Malaysia menyambut baik rundingan menangani krisis nuklear yang dijangka berlangsung antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Singapura pada 12 Jun ini.
"Ia satu usaha yang baik. Kita tidak mahu (ia berulang) di rantau (Asia) ini.. kita ada experience.. mengenai (pengeboman) ke atas Hiroshima and Nagasaki.
"Itu adalah teknologi 70 atau 60 tahun dahulu. Kita tidak tahu teknologi nuklear sekarang. Ia amat berbahaya kepada umat manusia. Sebarang usaha ke arah denuklearisasi... kita akan menyokong sepenuhnya," kata beliau.
Mohamad juga berkata dengan adanya pertemuan antara Trump dan Kim "itu sudah mula satu usaha yang baik."
Ketika diiminta mengulas ucapan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis di SLD yang dilihat agak 'keras' terhadap China di Laut China Selatan, Mohamad menjawab : "Kita sentiasa mengekalkan dasar berkecuali. Itulah yang kita memperjuangkan sejak kepimpinan Tun Abdul Razak."
"Kita tidak mahu sebarang pertembungan berlaku di Laut China Selatan. Kita amat bimbang mengenai apa yang berlaku di sana," kata beliau.
Mohamad menaruik perhatian bahawa ASEAN akan sentiasa mengadakan dialog dengan China dan Amerika Syarikat.
Dalam ucapannya, Mattis dengan lantang bersuara terhadap dasar militerisasi Beijing ke atas pulau-pulau buatan di kawasan tersebut.
Sementara itu, kehadiran Mohamad ke SLD sebagai Menteri Pertahanan yang baharu dianggap sebagai peluang baik untuk berkenalan dengan rakan sejawatannya di Asia dan juga Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Perancis dan Britain.
"Ia membolehkan saya membina hubungan dengan cepat," kata Mohamed yang dilantik ke portfolio itu kurang dua minggu lalu.
Semalam, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Mohamad dijangka bertemu dengan Mattis pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018
Mohamad melakukan kunjungan hormat ke atas PM Singapura Lee Hsien Loong sewaktu berada di republik itu. - Facebook/Mohamad Sabu
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Denuklearisasi: Korea Utara beri keutamaan kepada usaha bina keyakinan mulai sekarang
Mulakan langkah muhibah berhubung moratarium ke atas ujian nuklear dan ujian pelancaran roket dan pembubaran tapak bagi ujian nuklear.
Malaysia sokong penuh usaha ke arah denuklearisasi - Mohamad Sabu
Malaysia menyokong penuh usaha ke arah nyahnuklear dan berharap usaha sebegitu tidak hanya bertumpu kepada negara tertentu seperti Korea Utara dan Iran sahaja.
Delegasi Korea Selatan akan bertolak ke Pyongyang
Delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh pegawai kanan keselamatan akan bertolak ke Korea Utara pada Isnin petang, menurut kenyataan daripada pejabat Presiden Korea Selatan.