Malaysia telah menaja bersama satu resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik dan kukuh antara Majlis itu yang berusaha memerangi keganasan yang berterusan dan kerja penetapan standard dan norma Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dengan membolehkan hubungan antara ICAO dan Majlis Keselamatan berkenaan, Malaysia berharap kerjasama itu akan menghasilkan peningkatan ketara untuk keselamatan penerbangan global dalam semua aspek dari semasa ke semasa.

Bercakap pada Taklimat Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan mengenai 'Ancaman kepada Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa Disebabkan oleh Tindakan Pengganas: Keselamatan Penerbangan' di sini, Khamis, beliau berkata Malaysia berkongsi pandangan bahawa rangkaian penerbangan global merupakan sasaran menarik bagi keganasan antarabangsa.

Beliau berkata pengiraan logik oleh pengganas merupakan bukti jelas terhadap serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk awal tahun ini.