awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin

Bernama
Bernama
22/04/2025
22:00 MYT
Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Zulkifli ketika berucap dalam ucaptama pada Sesi Meja Bulat - Ke Arah Keamanan Mampan di Gaza. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan buat Palestin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Beliau berkata pendirian Malaysia dibentuk menerusi sokongan konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di platform seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), menerusi pendekatan multilateralisme strategik yang selari dengan nilai nasional serta prinsip sejagat.
"Tindakan Malaysia mencerminkan konsep kuasa normatif yang tidak bergantung kepada kekuatan ketenteraan, tetapi kepada kewibawaan moral, bantuan kemanusiaan dan diplomasi berprinsip.
"Sebagai tanda solidariti dengan negara-negara Selatan Global, Malaysia terus menggerakkan sokongan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan di Palestin, termasuk menyeru sekatan, gencatan senjata dan akauntabiliti undang-undang," katanya dalam ucaptama pada Sesi Meja Bulat - Ke Arah Keamanan Mampan di Gaza, di sini pada Selasa.
Perbincangan anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia (APM) itu menghimpunkan pegawai kanan, pakar dasar, ahli akademik dan pemimpin masyarakat sivil bagi membincangkan usaha jangka panjang membina keamanan serta mekanisme undang-undang antarabangsa dalam menangani krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.
Dalam membicarakan keperluan membina keamanan jangka panjang, Zulkifli turut menyuarakan gesaan supaya doktrin Tanggungjawab untuk Melindungi (R2P) dilaksanakan sepenuhnya bagi mengelak kekejaman berulang dan melindungi golongan rentan.
"Kita mesti terus memberi tumpuan kepada dialog inklusif dan pembinaan keamanan jangka panjang," katanya.
Sesi itu turut mencapai beberapa resolusi berpaksikan dasar dan berorientasikan rakyat yang merangkumi empat teras utama, iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan, perpaduan sosial dan tadbir urus.
Cadangan berkenaan merangkumi intervensi jangka pendek, sederhana dan panjang yang boleh dilaksanakan Malaysia secara bersendirian atau bersama komuniti antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Keadilan
#Zulkifli Hasan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan