awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie 2 diberi lampu hijau jika kutipan cecah RM60 juta
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima vaksin Pfizer pada hujung Februari - PM

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2021
11:11 MYT
Malaysia terima vaksin Pfizer pada hujung Februari - PM
Muhyiddin berkata kerajaan akan memastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat berjalan lancar apabila bekalan diperolehi.
“Bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60 hingga 70 peratus atau 20 hingga 23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin COVID-19.
“Buat masa ini, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi.
“Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya di sini pada Isnin.
BACA: COVID-19: PKP di enam negeri zon merah - Perdana Menteri
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan akan memastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia.
“Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin COVID-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia,” ujar beliau lagi.
[SIDANG MEDIA] Perutusan Khas Perdana Menteri | 11 Januari 2021
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Dadah
#KKM
#COVID-19
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#AstraZeneca
#PKP
#Pfizer
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan