Malaysia akan sentiasa bertegas dan vokal dalam isu yang melibatkan penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar dan konsisten untuk membantu pelarian tersebut daripada terus dinafikan hak mereka, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata tiga perkara utama yang akan diteruskan kerajaan ialah menegakkan keadilan dan membawa mereka yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusa itu ke pengadilan dan diadili mengikut undang-undang antarabangsa, pemberian status kewarganegaraan Myanmar kepada etnik Rohingya dan membawa pulang mereka yang melarikan diri ke Bangladesh untuk pulang ke Myanmar.
"Malaysia memainkan peranan yang besar khususnya di Hospital Cox's Bazar, Bangladesh dan kita juga membantu mereka di dalam negara.
"Semuanya telah kita laksanakan tetapi isu ini masih juga belum selesai. Kita bimbang jika ia tidak diselesaikan, ia semakin berpanjangan dan lebih ramai (Etnik Rohingya di Myanmar) yang akan melarikan diri dan lebih ramai yang akan dibunuh," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Antarabangsa Jalan Menuju Keadilan Bagi Rohingya: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mekanisme Akauntabiliti Anatarbangsa yang lain di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gombak, pada Selasa.
Ketika ditanya mengenai kesediaan Malaysia membawa isu tersebut ke ICC, Saifuddin berkata Malaysia belum sampai ke tahap tersebut kerana ia akan mengambil masa yang lama.
"Kita masih pertimbangkan penyelesaian menerusi ICC ini, tetapi saya ingin jelaskan bahawa Malaysia belum sampai ke situ lagi, sebaliknya ia masih di peringkat perbincangan.
"Kita tidak tergesa-gesa tetapi kita juga tidak boleh mengambil masa yang terlalu lama kerana isu ini sudah terlalu lama berlarutan."
BACA: Di bawah Statut Rom, ICC pilihan terakhir selepas sistem perundangan negara
Menurutnya, telah banyak resolusi dan cadangan dikeluarkan, tetapi isu ini belum juga selesai, dan langkah membawa isu itu ke ICC adalah cadangan drastik yang mungkin menjadi pilihan setelah siri rundingan gagal.
"Adakah ICC pilihan seterusnya atau terdapat langkah alternatif lain yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini?
"Ada cara di mana kita boleh melakukan sesuatu, anda tidak perlu menjadi radikal, anda tidak perlu terlalu kuat, tetapi kadang-kadang apa yang diperlukan adalah melakukan dengan bijak tetapi memastikan anda memperoleh faedah terbaik, dia berkata dalam ucaptama beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019
Malaysia main peranan besar khususnya di Hospital Cox's Bazar, Bangladesh dan membantu mereka di dalam negara. - REUTERS/ Zohra Bensemra
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.