TUARAN: Malaysia akan terus menggunakan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kerana insiden membabitkan vaksin itu jarang berlaku maka manfaatnya melebihi risiko, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan penggunaan vaksin itu kerana insiden darah beku dan kematian dilaporkan berlaku di banyak negara.
"Kami akan meneruskannya, kami tidak mempunyai alasan untuk menghentikannya kerana seperti yang telah saya katakan, kita melihat manfaatnya melebihi risiko," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melakukan lawatan rasmi ke Hospital Tuaran.
Turut hadir Pengarah Hospital Tuaran Dr G.Mohan.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah menyediakan beberapa pelan sandaran jika penggunaan vaksin AstraZeneca ditangguh dan langkah itu akan diambil sekiranya ia didapati tidak sesuai digunakan di negara ini.
Dr Noor Hisham juga berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melihat kaedah terbaik untuk menjalin kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan lain bagi memperkasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di kawasan luar bandar serta pedalaman untuk memastikan penduduk mendapat suntikan vaksin.
"Setiap kawasan (luar bandar dan pedalaman) mungkin keperluannya berbeza. KKM (boleh) bekerjasama dengan pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) untuk masuk ke kawasan tersebut.
"Kita juga akan melihat daripada segi logistik dan apakah vaksin yang terbaik untuk digunakan. Sebaik-baiknya kita mahu menggunakan vaksin tunggal dan bukannya dua dos, jadi vaksin terbaik buat masa ini ialah dos tunggal canSino serta vaksin Johnson and Johnson. Satu dos lebih mudah dan kita boleh meliputi seluruh kampung," katanya.
Mengambil contoh Sabah, beliau berkata kurang daripada 400,000 penduduk negeri itu mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin, justeru angka tersebut perlu ditingkatkan.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata Sabah boleh dijadikan contoh terbaik dalam membendung penularan COVID-19 apabila jumlah kes baharu jangkitan wabak itu berjaya dikurangkan daripada empat digit pada Oktober tahun lepas kepada dua digit dalam tempoh enam minggu kebelakangan ini.
"Dalam setahun kita bertarung dan enam bulan lepas, 'peperangan' hebat (memerangi COVID-19) berlaku di Sabah... orang tidak sangka (Sabah) dapat turunkan (jumlah kes COVID-19) daripada empat angka kepada dua angka, ini satu kejayaan yang harus dipuji dan menjadi penanda aras untuk negeri lain.
"Antara strategi digunakan di Sabah dalam membendung penularan jangkitan COVID-19 ialah kawalan sempadan, kapasiti dan keupayaan hospital, kaedah kesihatan awam, melindungi golongan berisiko tinggi dan memperkasa komuniti," katanya.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata tidak mustahil Malaysia mampu mencatat angka satu digit dan sifar kes baharu dalam sehari jika rakyat negara ini terus mematuhi prosedur operasi standard mengekang COVID-19 serta menggunakan kaedah kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021
Dr Noor Hisham berkata Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan penggunaan vaksin itu kerana insiden darah beku dan kematian dilaporkan berlaku di banyak negara. - REUTERS
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF2023: Tengku Zafrul bertemu lembaga pengarah AstraZeneca
Pertemuan itu berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada - Khairy
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.
KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.