BANGKOK: Malaysia dan Thailand akan mewujudkan "strong village" di sepanjang sempadan bertujuan untuk memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan selain meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata cadangan itu dikemukakan Panglima Tentera Diraja Thailand Jeneral Narongpan Jittkaewtae dalam satu pertemuan yang diadakan di Bangkok.
Beliau berkata "strong village" adalah usaha kedua-dua Tentera Darat Malaysia dan Thailand dalam membantu penduduk setempat di kampung-kampung yang terpilih di sepanjang sempadan untuk membantu membangunkan dan memajukan sosioekonomi mereka.
Selain itu, beliau berkata melalui program itu penduduk setempat akan berinteraksi sesama mereka secara terkoordinasi dalam aktiviti sosial dan bertukar kunjungan dan secara tidak langsung program ini akan mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat dan hubungan baik dua hala kedua-dua negara.
"Program itu juga dapat menambah keyakinan dan mengurangkan prasangka dalam menangani isu-isu keselamatan di sepanjang sempadan.
"Saya berpendapat program itu akan mula dilaksanakan pada Januari tahun depan," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Beliau berkata cadangan pelaksanaan "strong village" akan dibentangkan kepada Menteri Pertahanan kedua-dua negara dalam masa terdekat.
Selain itu, Zamrose berkata pertemuan dengan rakan sejawatannya itu turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala yang melibatkan operasi dan latihan ketenteraan.
Zamrose kini dalam lawatan kerja selama lima hari ke Thailand bermula Rabu hingga 24 Julai yang bertujuan memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Thailand.
Ia adalah lawatan timbal balas atas undangan Narongpan yang mengadakan lawatan ke Malaysia pada bulan lepas.
Zamrose berkata beliau turut memaklumkan kepada pihak Thailand bahawa Malaysia akan mewujudkan dua lagi pos kawalan di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Batu 34 dan Batu 36 di Bukit Kayu Hitam, Kedah dalam usaha memastikan keselamatan negara terjamin dan mengelak kegiatan jenayah rentas sempadan.
"Pihak Thailand telah mengambil maklum dan setuju. Malahan pihak Thailand juga akan membina dua pos sebagai sokongan dan kerjasama yang diusahakan," katanya.
Kini, terdapat enam pos kawalan di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand.
Sementara itu, Zamrose turut menerima Highest Achievement Award dari Institut Pengajian Pertahanan Kebangsaan.
Beliau yang melanjutkan pengajian di Kolej Pertahanan Nasional pada 2008 melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi itu.
Selain itu, beliau merupakan pelajar luar negara pertama yang menyandang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan.
Anugerah itu disampaikan Commanding General institut itu, Jeneral Siravuth Wongkantee dalam satu majlis pada Khamis.
Sempena lawatan rasmi kali ini, Zamrose turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Angkatan Tentera Jeneral Chalermpol Srisawat, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Thailand Jeneral Warakiat Rattananont dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Sementara itu, timbalan jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Kolonel Jittanat Punnothok berkata ketika pertemuan antara Zamrose dan Warakiat kedua-duanya turut membincangkan usaha mengukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Thailand.
"Malaysia dan Thailand sentiasa menjalin kerjasama ketenteraan yang baik. Malaysia sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada Thailand," kata Warakiat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Zamrose (kanan) menerima 'Highest Achievement Award' dari Institut Pengajian Pertahanan Kebangsaan yang disampaikan oleh Commanding General Institut itu, Jeneral Siravuth Wongkantee. -Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
TDM diharap kekal fokus laksana langgungjawab - Mohamad
Rakyat amat mengharapkan sebuah angkatan tentera yang benar-benar utuh dan siap siaga agar keharmonian negara terus kekal.
Mohammad Ab Rahman dilantik Panglima Tentera Darat ke-29
Beliau menggantikan Panglima Tentera Darat ke-28 Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang mula bercuti esok sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 Sept ini setelah hampir 43 tahun berkhidmat.
Tentera Darat 'intai' peluang perluas ladang integrasi
Inisiatif yang membolehkan komuniti tentera mendapatkan barangan mentah pada harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Gempa bumi Turkiye: Satu lagi hospital medan berskala kecil dijangka dibuka - PTD
Kumpulan tinjau akan bergerak ke kawasan berkenaan dalam waktu terdekat bagi mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk membina hospital itu.
Tentera darat buat persiapan sejak Oktober hadapi banjir
Setakat ini, jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah 2,771 orang.
PRU15: Panglima Tentera Darat puas hati proses undi awal berjalan lancar
Beliau berharap agar semua anggota ATM mampu melunaskan tanggungjawab mengundi dalam keadaan teratur dan selesa.
Zamrose terima anugerah Hall of Fame ke-15 MTAT
Hall of Fame MTAT merupakan pengiktirafan berprestij kepada pegawai terbilang yang telah mencapai merit jawatan tertinggi.
PRU15: Anggota ATM tidak boleh berkempen - Zamrose
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya tidak terlibat secara langsung termasuk turun berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penstrukturan Batalion Rejimen Sempadan: Mampu beroperasi seperti RAMD, RRD - Panglima
Transformasi berkenaan adalah platform untuk menaik taraf aset-aset serta peralatan sedia ada di Rejimen Sempadan.
Malaysia, Thailand bakal wujud 'strong village' untuk tingkatkan keselamatan di sempadan
Cadangan itu dikemukakan Panglima Tentera Diraja Thailand Jeneral Narongpan Jittkaewtae dalam satu pertemuan yang diadakan di Bangkok.