awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
Piala Super Perancis: PSG bangkit punahkan harapan Marseille
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Thailand perkukuh kerjasama KKP demi kesejahteraan pekerja

Bernama
Bernama
28/09/2025
20:00 MYT
Malaysia, Thailand perkukuh kerjasama KKP demi kesejahteraan pekerja
Kerjasama antara NIOSH dan T-OSH merupakan titik permulaan ke arah kerjasama lebih menyeluruh dalam kalangan negara serantau.
BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) melalui perkongsian modul latihan, hasil penyelidikan, kepakaran dan kemudahan makmal bagi menjamin kesejahteraan pekerja di kedua-dua negara.
Pengarah Eksekutif NIOSH, Datuk Ayop Salleh berkata, kerjasama antara Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Institut KKP Thailand (T-OSH) merupakan titik permulaan ke arah kerjasama lebih menyeluruh dalam kalangan negara serantau di bawah kepengerusian ASEAN-Malaysia.
Beliau yang mengetuai lawatan kerja ke Ibu Pejabat T-OSH pada Jumaat (26 Sept) berkata, pertemuan itu amat memberangsangkan apabila kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan promosi aktiviti berkaitan KKP secara bersama melalui pameran dan persidangan di dalam dan luar negara.
"NIOSH dan T-OSH juga akan bekerjasama meningkatkan keupayaan makmal dan kepakaran masing-masing bagi memastikan penyelidikan berkaitan KKP memenuhi kehendak industri serta mampu menawarkan penyelesaian praktikal terhadap cabaran baharu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam lawatan itu, delegasi NIOSH turut mengadakan perbincangan dengan Pengarah Eksekutif T-OSH, Dr. Nantachai Panyasurarit; Timbalan Pengarah (Akademik), Profesor Madya Buncha Srithanauthaikorn; Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Dr. Sasadis Choochon; serta Penyelidik Profesional T-OSH, Dr. Thanawan Ritthichai.
Ayop berkata, T-OSH juga akan menghantar pasukan untuk meninjau secara dekat pelbagai kemudahan di Ibu Pejabat NIOSH di Bandar Baru Bangi, termasuk 13 makmal KKP bertaraf antarabangsa.
"Lawatan balas ini akan menjadi penanda aras untuk program seumpamanya dalam kalangan negara ASEAN, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI melalui Kementerian Sumber Manusia untuk meningkatkan tahap KKP di rantau ini," katanya.
Ayop menjelaskan, semasa Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ASEAN 2025 anjuran NIOSH di Kuala Lumpur awal bulan lepas, delegasi dari negara ASEAN turut melawat beberapa makmal NIOSH dan menyaksikan perasmian Pejabat Perhubungan Institut Penyelidikan KKP Asia (AOSHRI) di Ibu Pejabat NIOSH.
Ayop menegaskan, kerjasama yang dijalin antara organisasi KKP serantau melalui kerangka ASEAN dan AOSHRI diyakini dapat mempercepatkan pelaksanaan inisiatif meningkatkan tahap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja, setanding dengan negara maju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Thailand
#NIOSH
#t-osh
#kerjasama
#ASEAN
#Keselamatan Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan