BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju mempertingkatkan kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan, isu pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
"Kami berdua bersetuju bahawa kerjasama antara kerajaan (G2G), antara polis dan Aseanapol penting dalam memerangi masalah-masalah tersebut," katanya kepada Bernama.
Saifuddin juga menekankan keperluan untuk usaha bersama dalam pencegahan jenayah siber dan cadangan pengecualian visa kepada pelawat asing untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Thailand khususnya di kawasan yang bersempadan dengan Malaysia.
Selain itu, Saifuddin berkata beliau amat berpuas hati dengan hasil lawatan kerjanya di Bangkok yang berakhir Jumaat kerana komitmen antara G2G itu terus berjalan dengan kukuh.
Beliau berkata rakan sejawatnya Anutin turut menegaskan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menangani jenayah transnasional dan mempromosikan pelancongan.
"Anutin menyebut bahawa Kerajaan Thailand juga melaksanakan dasar pengecualian visa (pelawat asing) untuk meningkatkan pertukaran pelancong antara kedua-dua negara.
Anutin turut menyatakan komitmen untuk memperdalamkan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai dimensi, termasuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di rantau ini.
"Pertemuan itu menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya.
Terdahulu, Saifuddin yang mengadakan lawatan kerja ke Thailand sejak Khamis, turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa.
Dalam pertemuan dengan Varawut, Saifuddin berkata mereka telah membincangkan topik berhubung penahanan imigresen dan perlindungan kanak-kanak yang mana Malaysia mempunyai 20 depot imigresen dengan penghuni seramai 13,000 orang dan keupayaan depot imigresen boleh menampung lebih kurang 25,000 orang.
Beliau berkata Thailand mempunyai beberapa program alternatif penahanan yang agak ke depan, khususnya untuk kanak-kanak dengan melibatkan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan juga komuniti setempat.
"Di Malaysia, kita hanya ada satu program rumah perlindungan yang diwujudkan oleh kerajaan dan dinamakan Baitul Mahabbah iaitu satu di Nilai dan satu di Papar manakala dalam perancangan untuk mewujudkan empat lagi masing-masing di Sabah, Kelantan, Kedah dan Johor," katanya.
Beliau berkata ini merupakan satu pengalaman baharu mengenai pendekatan Thailand terhadap program alternatif penahanan yang boleh diterokai oleh Malaysia.
"Program alternatif penahanan untuk kanak-kanak ini dalam sejajar dengan konteks Malaysia MADANI di mana kita perlu ada sifat ehsan terhadap kelompok mereka yang masuk dan melanggar undang-undang Akta Imigresen," katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata pertemuannya dengan pihak UNICEF semalam juga telah mendedahkan beliau dengan penggunaan "National Screening Mechanism" dan "National Referral Mechanism".
Beliau berkata pihak Kementerian Dalam Negeri berminat untuk mendalami kedua-dua mekanisme itu supaya proses saringan akan menjadi lebih kompeten.
"Kita akan pelajari kedua mekanisme itu supaya cara menguruskan atau cara menangani kemasukkan kelompok pendatang tanpa izin ataupun kelompok pelarian ini akan menjadi lebih kemas dan lebih teratur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Saifuddin (kiri) ketika pertemuan dengan Anutin Charnvirakul. -FB Saifuddin Nasution Ismail
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.