awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024

Bernama
Bernama
14/05/2024
21:30 MYT
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei). - Foto Facebook/Orchidmas
KUALA LUMPUR: Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Pengeluar orkid Malaysia, Orchidmas Sdn Bhd berkongsi penyertaan syarikat itu dalam forum berkenaan di laman Facebook mereka pada Selasa.
"'Orchid Golden Gift-Box' Malaysia diterbangkan ke Rusia sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-15: KazanForum 2024," menurut hantaran itu.
KazanForum 2024 menawarkan platform untuk pakar ekonomi dan kewangan antarabangsa terkemuka dari dunia Islam untuk mengukuhkan hubungan antara negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Rusia dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya.
Selain Malaysia, lebih 80 negara mengesahkan penyertaan dalam acara itu tahun ini, termasuk wakil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Turkiye, Iran, Libya dan anggota OIC yang lain.
Forum itu termasuk 'Russia Halal Expo', acara kebudayaan, pertunjukan fesyen, pertandingan untuk cef muda dan lawatan. Ia juga akan melancarkan pameran pasaran hartanah antarabangsa.
Menurut laporan media sebelum ini forum itu telah diberikan status persekutuan melalui dekri yang ditandatangani oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, menjadikannya antara tiga forum ekonomi antarabangsa yang paling penting dan dihadiri di rantau berkenaan.
Forum Ekonomi Timur di Vladivostok dan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg adalah dua forum penting lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Orkid Malaysia
#KazanForum
#Orchidmas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan