Malaysia tidak mungkin menjadi sebuah negara polis memandangkan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Perlembagaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mempersoalkan sama ada Malaysia sudah menjadi negara polis apabila Khalid dikatakan seolah-olah tidak boleh ditegur, ternyata tidak berasas.
"Negara kita tidak boleh menjadi negara polis kerana jika kita tidak patuhi undang-undang kita akan diambil tindakan. Macam mana negara ini menjadi negara polis, kami juga subjek kepada peraturan Perlembagaan dan undang-undang begitu juga Anggota Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Dialog Bersama Ketua Polis Negara: Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Ancaman Keselamatan Negara di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Semalam, Lim dalam sebuah portal berita mendakwa Khalid dengan angkuh memberi amaran kepada Teo Nie Ching yang mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2 Maria Chin Abdullah, supaya tutup mulut.
Khalid berkata beliau bukannya menghalang Teo daripada bersuara, sebaliknya hanya bertanya kembali kenapa Anggota Parlimen Kulai itu tidak mempersoalkan tindakan beliau (Khalid) yang tidak menahan Maria Chin yang turut melanggar undang-undang.
"Nampak dia (Teo) cuba politikkan isu ini, kalau nak tegur membina saya terima tapi kalau nak jatuhkan kita nak tuduh seperti berat sebelah itu saya tidak boleh terima," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau tidak menafikan terdapat usaha merekrut mahasiswa untuk menyertai militan Daesh namun pihaknya melalui pasukan khas Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi dalam membanteras cubaan tersebut.
"Mereka (Daesh) akan pengaruhi sesiapa sahaja seperti mahasiswa dan mereka yang mempunyai masalah, kerana mereka ini selalu memerlukan bahu untuk bersandar, kalau mereka (Daesh) bagi macam-macam, dia (mahasiswa) akan terpengaruh dengan apa jua dakyah," katanya.
Terdahulu, Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam ucapannya berkata kajian UUM melalui Institute for Youth Research (IYRES) yang dijalankan oleh pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) UUM mendapati bahawa wujud potensi penerimaan mahasiswa terhadap Daesh walaupun jumlahnya kecil.
"Kajian ini merupakan 'pioneer' (perintis) dalam bidang yang melibatkan Daish dan ianya merangkumi jumlah responden seramai 2,000 orang yang dibahagikan mengikut empat zon di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Didapati 15.1 peratus responden menghormati fahaman Daesh, sanggup menyumbang tenaga (19.5 peratus), mengiktiraf balasan syurga untuk perjuangan Daish (9.3 peratus) dan 7.9 peratus sanggup menderma untuk Daish," katanya.
Justeru, beliau berkata ancaman Daesh perlu segera dibendung melalui langkah konkrit seperti memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai Daesh kerana mahasiswa tidak mempunyai gambaran yang sebenar mengenai bahaya ancaman tersebut. -Bernama
Bernama
Wed Sep 21 2016
KHALID: Negara kita tidak boleh menjadi negara polis kerana jika kita tidak patuhi undang-undang kita akan diambil tindakan. -Gambar fail
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Vaksin COVID-19 AstraZeneca ditarik balik, komplikasi serius
Syarikat farmaseutikal gergasi Vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya daripada pasaran dunia.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Pengisytiharan darurat: Mahkamah tolak rayuan Bersih 2.0
Panel tiga hakim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut.
Malaysia tidak akan jadi negara polis - Khalid
Dakwaan yang dibuat Lim Guan Eng yang mempersoalkan sama ada Malaysia sudah menjadi negara polis ternyata tidak berasas.